DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, March 9, 2008

PILIHAN RAYA KE 12 DAN BABAH KE MEDAN

SABTU (8/3/08)


Walaupun hari ni, hari Pilihanraya tapi babah terpaksa menjalankan tugasnya untuk ke pasar dahulu. Sebab besok babah tidak ada dan ibu pulak kalau dah masuk rumah tu malas bebenor nak keluar ... Hari ni babah ke pasar sekejap aja dan lepas tu kami akan ke tempat mengundi. Tentang sarapan tu pulak, ibu buat sarapan biasa aja ... Tak tahulah apa nak dibuatnya lagi .... Minggu ni semua ada di rumah kerana cuti sekolah dah bermula ...


Ibu tak sempat nak nak menguruskan barang-barang yang telah babah beli tadi cuma ibu masukkan kesemuanya dalam peti ais. Pukul 10.30 pagi kami bertiga pun bertolak ke tempat membuang undi. Sesampai aja kami di sana .... tak sangka pulak ramainya orang ... almaklum ajalah sekarang ni musim hujan ... kenalah pergi mengundi awal-awal. Cari punya cari, jumpalah tempat parking dan kami pun turun menuju ke sekolah tersebut. Baru aja nak melangkah masuk kami ditahan sebab tak boleh bawa budak. Terlupa pulak pasal tu ... maka kenalah babah pergi seorang aja sementara tu ibu dan zeti dok tunggu di luar sekolah bersama-sama mereka-mereka yang menerima nasib seperti ibu. Kenapalah mereka ni tak sediakan tempat duduk dan tempat kanak-kanak bermain. Jenoh juga menunggunya .... 30 jam berlalu, tapi babah tak muncul-muncul lagi ... Dah sahlah ni ramai orang. Akhirnya hampir 1 jam ibu menunggu maka babah pun muncul dengan bangganya kerana telah dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia. Tapi malang bagi ibu kerana babah tak benarkan ibu mengundi sekarang. Ibu akur kehendak ayah dan kami bertiga mengambil keputusan untuk ke Carefore dahulu dan kemudian datang semula mengundi.


Kebetulan pulak babah nak beli barang-barang keperluannya kerana pepagi besok babah akan ke Medan bersama-sama teman-teman rombongannya. Selama sejam kami berada di sana dan setelah semuanya dibeli kami pun kembali semula ke tempat membuang undi. Alhamdulillah sesampai aja di sana kami lihat lengang aja taklah seperti pagi tadi. Tanpa melihat zeti yang sedang bergayut dengan babahnya ibupun terus berjalan menuju ke sekolah tersebut sehinggalah ibu hendak masuk ke tempat mengundi tetiba aja babah muncul menunjukkan bilik yang mana sebab dia dah masuk tadi dan kami ni sama saluran. Habis aja ibu menunaikan tanggungjawab ibu babahpun menyerahkan si zeti kembali kepada ibu. Dalam hati ibu berkata "dapat lak babah bawa zeti ni masuk ..." Hairan pulak ibu dibuatnya. Sesampai aja ibu ke tempat parking ibu lihat babah tak muncul-muncul lagi, hai ... kemanalah ayah si zeti ni ... jangan-jangan dia kena tahan tak sebab bawa zeti masuk ke tempat orang membuat undi tadi? Risau pulak ibu dibuatnya.


Akhirnya muncul jugalah babah dicelah-celah petugas pusat mengundi tersebut. Barulah lega hati ibu. Sebenornya babah pura-pura belum mengundi dan terus bawa zeti ikut ibu tadi. Didalam kereta barulah babah cerita yang dia ugut petugas di tempat mengundi tu yang dia tak akan mengundi jika dia tak dapat bawa zeti bersama. Akhirnya pertugas tersebut benarkan dia masuk dengan diiringinya. Apalah babah ni ..... Petugas tersebut bagi juga dia masuk sebab takut dikatakan dia (petugas tu) tak benarkan babah mengundi. Kami balik ke rumah dengan rasa lega setelah dapat mengundi calon di hati. Sesampai aja di rumah perut dah lapar dan kenalah pulak memasak untuk makan tengahari. Petangnya pulak cuaca tak berapa elok tapi oleh kerana barang yang babah perlukan belum dapat dicari maka ibu dan zeti temankan juga babah ke pasar malam.



AHAD (9/3/08)


Nak tahu hari ni hari apa .... hari ni birthday ibulah .... kasihan ibu tiada siap nak ucapkan SELAMAT HARI JADI pada ibu... maklumlah ibu dah kohor-kohor tak siapa pedulikan ibu ... kasihan ibu kan ... ditinggalkan lagi ada (tapi tak lamalah ...). Pagi tadi pukul 2.00 ibu dah dikejutkan oleh jam loceng untuk menyediakan juadah untuk babah bawa ke medan nanti. Nak tahu apa dia .... Burger aja ... Dengan rasa tanggungjawab ibupun menyediakan apa yang patut dibuat tapi tetiba aja apa yang tengah di masak tu senyap aja .... sedangkan tadi bising dengan bunyi percikan minyak. Lah ... gas dah habis rupanya .... Ibu terlupa nak order gas lagi ... padan muka ibu. Macam mana nak buat ni ek ... burger yang digoreng cuma sebelah aja yang masak sebelah lagi tak ... dan air masih lagi belum masak. Oh ... ya ... microwave ada, maka ibupun ambil burger yang setengah masak tu dan masukkan dalam microwave. Ok .. masalahlah juga walaupun tak sesedap mengorengnya di dapur dan air pulak nasib baik ada termos. Ibupun buatlah bekal babah dan masukkan ke dalam beg sementara babah bersiap-siap. Ibu beritahu babah gas dah habis tapi babah buat dek aja .... almaklumlah hatinya sekarang dah jauh ke medan. Pukul 3.00 pagi babah pun berangkat ke tempat menunggu tanpa ditemani ibu. Tinggalah ibu melayan perasan yang ditinggalkan babah di pagi hari lahirnya. KASIHANNNNN....


KHAS BUAT ABAH DAN IBU
SEMPENA HARI LAHIR MEREKA BERDUA



UNTUKMU IBU DAN AYAH
DARI ALONG, ANGAH, UDA DAN ZETI

Betapa dihargai kehadiranmu
Di saat-saat kau diperlukan
Kasih sayangmu
Adalah anugerah
Yang paling nikmat
Namun tak siapa mendengar
Alunan lagumu
Lahir dari jiwa luka
Namun kami tahu
Dikau bahagia
Kerana menjadi
seorang ibu dan ayah
Kepada anak-anakmu .. along, angah, uda & zeti

Untuk mu ibuku sayang
HAPPY BIRTHDAY
9 MAC 2006
Petangnya pulak sekali lagi ibu terpaksa menghadapi ujian kali ke dua. Kali ini ibu kena hantar along balik ke asramanya pulak. Ibu sedapkan hati dan berkata "tak apa aku mesti boleh buat". Setelah memasak dan makan, ibu bercadang untuk menghantar along awal sedikit kerana mungkin ketika tu jalan tak jem lagi dan lagi di luar tu walaupun pun panas sikit tapi nampak macam nak hujan aja ... Setelah semuanya disiapkan maka ibupun mengajak angah dan zeti teman ibu hantar along. Manalah tahu kot tersesat lagi nanti ...
Dengan hati penuh keyakinan kami pun berangkat menuju ke serdang. Nasib baiklah tak jauh sangat. Oleh kerana ini kali kedua maka ibu dah dapat cam jalan untuk ke tempat along, kebetulan pulak jalan taklah jem ... Maka akhirnya selamatlah kami sampai ke asrama along tu .. Angah pulak cuba-cuba nak usik ibu ajak pergi ke Giant tapi ibu buat tak tahu aja ... dan terus menuju ke putrajaya. Alhamdulillah kami selamat sampai tanpa sesat lagi. Ini bermakna di hari kelahiran ibu, ibu dah dapat matangkan lagi keberanian ibu untuk memandu jauh dari Putrajaya.
SEMAKIN MENINGKAT USIA, SEMAKIN MATANG MENGURUS RUMAH TANGGA
MUDAH-MUDAHAN IBU SENTIASA TERUS BERJAYA DAN BERGAYA

0 ulasan: