DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Thursday, March 6, 2008

TERSESAT DAN HANTAR ALONG BALIK

KHAMIS (6/3/08)


Hari ni sekolah angah mengadakan Acara Sukan Tahunan. Mudah-mudahan sepanjang hari ni taklah hujan. Ibu dan babah taklah dapat untuk sama-sama menyaksikan angah beradu nasib dalam acara 100 dan 4 x 100 meter. Ibu hanya dapat mendoakan agar angah berjaya kerana petang ni ibu akan ke kelinik untuk rawatan tangan ibu. Pukul 2.00 petang ibu bergegas ke kelinik hingga terlupa nak bagi tahu angah yang ibu berada di kelinik. Ketika rawatan sedang dijalankan, tetiba ibu terdengar bunyi telefon. Ibu dah agak dah ini mesti angah yang telefon. Ibu tak dapat berbuat apa-apa sebab kedua-dua belah tangan ibu sedang dibungkus. Lima minit kemudian ia berbunyi lagi, macam mana nak buat ni ... tunggulah tinggal lagi 20 minit lagi. Selepas aja habis tempoh tersebut dan sarung tangan ibu dibuka, maka ibu minta kebenaran untuk menjawab panggilan tadi. Akhirnya dapat juga ibu bercakap dengan angah dan angah minta ibu mengambil dia di stesyen keretapi serdang.

Lah ... macah mana ni ... ibu bukanya pandai memandu keluar dari Putrajaya ni... Oleh kerana angah bawa banyak barang maka terpaksalah ibu pergi mengambilnya nanti. Setelah selesai rawatan tangan ibu maka ibu bercadang untuk mengambil si zeti sebagai teman. Akhirnya dengan hati yang berani tapi takut maka ibu dan zetipun meredah jalan raya menuju ke serdang. Sepanjang perjalanan ibu berdoa semuga ibu selamat sampai ke sana. Mula-mula ibu ingatkan dah tersesat tapi ibu kuatkan hati dan terus berlalu dan akhirnya berjumpalah ibu dengan stesyen keretapi serdang dan kemana pulak ibu nak parking kereta ni ... ibu teruskan memandu dan akhirnya ternampak tempat parking dan terus masuk. Kebetulan ada tempat kosong. Lega rasa ibu kerana dah sampai .... Tanpa berlengah lagi ibu dan zeti terus menuju ke perhentian keretapi dan tetiba ibu ternampak angah baru saja meletakkan barang-barangnya. Gembiranya hati ibu dapat jumpa angah dan kamipun singgah ke warung untuk minum bagi menghilangkan rasa gementar dan kepenatan.

15 minit kemudian kami pun terus berlalu untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan ibu lihat angah keletihan dan tertidur. Sementara tu ibu sentiasa berwaspada takut tersalah jalan. Akhirnya kami sampai ke putrajaya dan entah kenapa ibu teragak-agak untuk masuk ke jalan yang menuju rumah kami dan akhirnya baru ibu perasan yang ibu sudah tersalah jalan. Sementara tu angah dalam kekalutan dan terpinga-pinga untuk mencari jalan keluar. Walau bagaimanapun ibu teruskan juga perjalanan dan akhirnya barulah jumpa jalan keluar. Hah .. tulah padahnya bila orang bawa kereta kita tak tengok sama jalan mana yang dilaluinya dan lagi jangan leka ketika memandu. Nanti jadilah seperti ibu ni ... Dengan hati gembira dan badan yang sungguh letih maka sampailah juga kami ke rumah. Sesampainya kami kerumah samalah juga waktunya jika angah menaiki bas. Ingatkan nak cepat tapi sebalinya dah nasib badan .... Inilah pengalaman pertama sesat .... mudah-mudahan ia tak akan berulang lagi ... Dan yang penting berjaya juga ibu keluar dari kepompong putrajaya ni.....

0 ulasan: