DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, March 24, 2008

CUTI SEKOLAH DAN ANGAH JADI BIDAN TERJUN

JUMAAT (14/3/08)

Sepanjang minggu cuti sekolah angah, uda dan zeti tidak dapat ke mana-mana cuma pada hujung minggu kami sekeluarga akan ke Segamat untuk menghadiri persandingan anak saudara ibu, sementara itu along masih ada kelas.

Babah pulak baru balik dari Medan pada hari Selasa pagi oleh kerana cuaca buruk ketika itu. Keesokan harinya babah bercuti dan pada hari Khamis babah kemudian kembali bekerja. Pada pagi Jumaat sebelum kami balik ke Segamat, ibu bertanyakan waktu untuk bertolak ke Segamat dan babah minta kami tunggu sehingga dia balik.

Petang jumaat ibu taklah memasak cuma beli sedikit lauk dan buat burger untuk bekalan dalam perjalanan nanti. Along, angah dan uda ashik bertanyakan ibu bila nak balik ke Segamat dan ibu tak dapat nak jawab, ibu cuma minta mereka bersabar aja. Akhirnya pukul 8.30 malam barulah babah muncul dengan pakaiannya habis lencun basah. Setelah mandi, solat dan sebagainya babahpun makan dan kemudian terus tertidur dan minta ibu kejutkan dia pukul 10.30 malam. Kami semua terpingga-pingga mendapat jawapan dari babah. Akhirnya ibu pun terlelap sama sementara zeti, along, angah dan uda buat hal masing-masing. Seketika kemudian ibu terjaga dan jam menunjukkan dah pukul 10.30 malam. Ibupun kejutkan babah dan kamipun bersiap-siap untuk balik ke Segamat. Sepanjang perjalanan ibu lihat semua dah terlena.


Tengoklah siuda tu .. tengah lentok habis disamping angah
Keadaan jalan raya ketika itu sungguh lengang dan apa lagi babahpun mulalah memecutkan keretanya dan tepat pukul 2.30 pagi kamipun sampai ke segamat dengan selamat. Sesampai kami di sana acara malam tu ... iaitu potong jambul dah pun berakhir dan mereka semua baru hendak melelapkan mata. Oleh kerana mata dah mengantuk sangat kami sekeluarga tidur aja dimana ada tempat kosong.
Pepagi lagi ibu dah terjaga dan mulalah operasi buat sarapan pagi untuk semua. Oleh kerana nasi malam tadi masih banyak, maka kamipun sepakat untuk buat nasi goreng aja. Setelah selesai bersarapan barulah kami (tuan rumah) mula masak laut untuk pengantin. Ibu turut sama menyumbang kepakaran menghias lauk pengantin. Wah ... terorrrr juga ibu ni kan... (isi bakul angkat sendiri ...
Sedang ibu duduk melihat mokda mengisi cenderahati ke dalam bag, ibu lihat along dan angah ke hulu dan ke hilir dengan baju melayu. Setahu ibu dia tak bawak pun baju melayu... rupa-rupanya pengantin lelaki tiada pengapit. Mula-mula rashid (anak buah) suruh along pakai baju melayu tersebut tapi setelah dicuba tak muat (maka terselamatlah along) dan kemudian diminta pulak angah memakainya dan ok... maka kenalah angah jadi pengapit bidan terjun.




tengok tu si zeti tengah kushuk memerhatikan mokdanya mengisi kuih muih dlm beg

Tepat pukul 2.30 petang barulah muncul pengantin dengan rombongannya dimana ibu lihat angah berpeluh-peluh menahan malu dan kena usik. Kebetulan pulak baju pengapit perempuan sama warna dengannya. Apa lagi mereka semua mengusik angah semasa bergambar dipelamin, bertambah-tambahlah lagi peluh dingin keluar walaupun di atas kepala kipas ligat berputar. Kasihan angah ...

Macam mana, ok ... tak angah dgn pasangannya ...


Chewah ... berpandang-pandangan pulak siangah ibu ni ...


Pada waktu itu para jemputan berpusu-pusu keluar dan masuk ke perkarangan rumah makngah zeti. Disamping menikmati hidangan, mereka semua dihidangkan dengan alunan muzik tahun 60an yang menjadi kegembaran tuan rumah. Ibu pulak berkesempatan bertemu dan melepaskan rindu kepada ahli keluarga yang lain, kerana pada ketika inilah baru kita dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita setelah sekian lama berpisah. Almaklumlah semuanya dah berkeluarga kan ....


Inilah rupa pemandangan sepanjang jalan menuju ke FELDA REDONG, Segamat


Akhirnya tempat pukul 4.30 petang acarapun berakhir dengan diakhiri oleh nyanyian dari tuan rumah. Pandai juga tuan rumah ni menyanyi lagu 60an dan mendapat tepukan dari semua ahli keluarga yang ada. Kali ini ibu sekeluarga taklah dapat untuk turut sama mengemas persekitaran rumah makangah zeti sebab esok ibu terpaksa menghantar angah balik ke asramah. Setelah semuanya reda dan tibalah masanya untuk kami sekeluarga berangkat pulang ke Putrajaya. Kami berangkat pulang pada pukul 6.00 petang. Sebelum tu ibu carilah apa yang perlu dan setelah mendapat apa yang diperlukan ibupun turunlah hendak memakai kasut, tapi cari punya cari sekeliling rumah tak jumpa ... dah sah kasut ibu yang comel tu telah disarung oleh mereka yang teringin untuk memilikinya. Maka baliklah ibu dengan selipar anak buah ibu yang dah putus talinya. Putus pun putuslah, asalkan dapat mengalas kaki.


Gambar waktu senja yang mula menjelma ketika perjalanan pulang

Sepanjang perjalanan ibu lihat mereka semua keletihan dan tertidur termasuk juga ibu. Ketika tiba di bandar Tangkak babah adalah mempelawa untuk singah membeli belah tapi oleh kerana zeti sedang tidur lena, maka tak jadilah nak singgah dan terlupa pulak yang kasut ibu tiada ... Maka dengan gembiranya babah meneruskan perjalanannya sehinggalah kami sampai di satu tempat rehat dimana babah ingin minum dan along, uda, angah dan zeti pulak makan berger lagi.

Ini pulak gambar ketika matahari mula menyembunyikan dirinya yang sempat angah rakam

Setelah selesai menjamu selera kamipun mula meneruskan perjalanan dimana tanpa disedari ibu dah terlena dan terjaga apabila sampai ke kawasan perumahan putrajaya. Lah .... kasihan babah memandu sendirian tanpa ditemani .... tapi babah tak kisah kan .... Dan babah pulak setelah mandi, solat dan makan apa lagi giliran dia pulak tidur hingga ke pagi.

WALAUPUN SEBELUM NI IBU TERUJA KERANA TAK DAPAT KE KEDAH TAPI NASIB BAIK DAPAT JUGA PERGI KE SEGAMAT. TERIMA KASIH BABAH.

0 ulasan: