DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, July 22, 2008

IBU PUASA LAGI HARI NI ..

SELASA (22/7/08)

Pagi ni ibu berbelah bagi nak bersahur atau tidak sebab tak larat/malas nak bangun untuk makan, tapi hati ni berkeras untuk berpuasa dan ibu makanlah sedikit nasi yang tak sempat untuk dipanaskan. Ibu makan ajalah apa yang ada. Badan dan tangan ibu ni terasa sakit yang amat sangat. Di pejabat pun ibu tak bersemangat hari ni .... kawan bercerita (Rima) cuti pulak hari ni ... Alhamdulillah cik waheeda yang bercuti sakit kena demam denggi dah pun mula bekerja. Dengan adanya dia, kembali semula semangat ibu untuk berpuasa dan terus ceria. Bila dia bercerita kisah dia di kem dan di hospital ketika terlantar sakit terasa kasihan ibu mendengarnya .... dan tergelak pun ada. Cara dia bercerita tu .... menghiburkan walaupun dia derita ketika tu. Ibu dapat rasakan dan bayangkan apa yang telah dialaminya ketika dia bercerita pada ibu.

Cik Waheeda, ibu dan En. Faruq

Maaflah ya Cik Waheeda ... kerana semasa ketiadaannya, ibu terlupa menjenguk biliknya untuk melihat alam flora yang berada di biliknya. Sehinggalah apabila dia sampai pagi tadi dan ibu menjenguknya di bilik, barulah ibu terpandang akan floranya yang telah kehabisan air dan kelayuan, seperti tahu-tahu aja yang tuannya sakit. Maaf ya cik waheeda ... lagipun dua minggu lepas ibu terlalu sibuk menguruskan hal persekolahan along sehinggakan ibu sendiri telah mengalami sakit kepala yang teramat sangat hingga nak terkeluar biji mata. Walau bagaimanapun masih ada lagi warna-warna flora di pokoknya tu .... dan tuannya pun dah mula ceria walaupun masih ada rasa derita diraut wajahnya. Insyakallah minggu ni kembalilah ceria tu ....

0 ulasan: