RABU (16/7/08)
Sebelum ke segamat lagi zeti dah mula demam, tapi ibu tak kisah ... ingatkan cuma demam biasa aja tapi dari sehari ke sehari demamnya sekejap panas dan seketika kemudian sejuk kembali. bimbang pulak ibu. Semasa balik ke kg hari tu dia masih demam lagi tapi ibu tak kisah sebab nak selesaikan hal along dulu. Setelah semuanya selesai dan bila balik dari segamat, zeti masih lagi demam mulalah ibu risau .... Disebabkan ibu pun tak sihat semasa balik dari segamat, ibupun bercadang untuk bercuti dan bawa zeti ke kelinik. Pagi rabu tu walaupun hujan tapi ibu ajak juga zeti jumpa doktor.
ditangan inilah zeti dicucuk oleh nurse
Ketika di kelinik suasana lengang aja dan mudahlah ibu berurusan di situ. Setelah memberitahu yang zeti demam dah 4 hari maka nurse pun minta zeti diambil darahnya, kebetulan pulak ketika itu kata nurse ramai sangat yang demam datangnya dari presint 9. Takut kalau-kalau kena demam denggi. Ketika di makmal ramai juga yang kena ambil darah. Bila turn zeti ibu lihat dia relex aja .... "doktor nak tengok kuman ya bu?" kata zeti. "yalah tu ..." kata ibu memujuknya. "masalah ni ..." kata nurse, sambil memicit tangan zeti untuk mencari uratnya. Puas dicucuk dan dipam, tapi darah zeti tak keluar, cuma sedikit aja yang dapat. Zeti sama-sama tengok nurse tu cucuk tangannya dan menahan aja. Berani betul dia.
Zeti dan ubat-ubatnyaTapi bila sampai di rumah dia pun ceritakan pada ibu macam mana rasa bila dicucuk tu ... "masa doktor cucuk, buntut zeti terangkat sikit dan terangkat lagi bila dia cucuk" kata zeti sambil menunjuk macam mana dia terangkat tadi. "terasa juga dia sakit" kata ibu dalam hati. Lepas tu mulalah dia baring aja sambil tangan yang dicucuk tadi tak dibengkoknya. Ibu nak pegangpun tak dibaginya. "sakitlah ..." katanya. Tau tak apa ... Hari Jumaat doktor suruh datang lagi ambil darah untuk pastikan dia benar-benar sihat dan dibekalkannya dengan sebeg ubat (ubat demam, selsema, vitamin dan 5 botol antibiotik) untuk zeti. Last-last yang diminumnya cuma satu botol antibiotik aja.
Ubat-ubat yang dibekalkan oleh doktor
0 ulasan:
Post a Comment