DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, July 27, 2008

SEMINGGU DAH BERLALU

SABTU & AHAD (26 - 27/7/08)
Sepanjang minggu lepas ibu berpuasa dan tak berapa sihat, begitu juga dengan teman-teman di pejabat termasuklah kawan ibu (rima & anaknya Shahmi). Semuanya terbatuk dan ashik beresin aja .... kesihan pulak ibu mendengarnya. Walau bagaimanapun alhamdulillah ibu tak lak terjangkit oleh tempias mereka tu ... Ibu sibuk mengupdate gambar-gambar lama. Rasa oklah pulak bila gambar tu dibuat cover majalah (majalah sendiri aja).

Kalau tak sihat, macam nilah ... nak tidur aja ..

Zeti masih lagi tak berselera hendak makan dan batuk-batuk. Bersemangat juga ke sekolah kerana ada belajar menari ... Di rumah dia ashik dengan channel cerianya tu .... suka tengok uncle aznil dan yang lain-lain tu ... bila tiba acara menyanyi dan menari, mulalah dia mencari baju-baju cantik untuk dipakai. Minggu ni dia kurang melukis tapi ashik dengan tukar-tukar baju. Macam model lak ... Udanya pulak tak sihat tapi bila ibu nak bawa dia ke kelinik, dia tak mahu. Penakut betul budak ni bila nak di bawa dia ke kelinik.

Uda dan aksinya

Zeti & tiger

Rumah kami minggu ni sepi tak seceria minggu-minggu yang lalu. Angah dah dua minggu tak balik dan along pulak masuk minggu ke dua dia di Segamat. Dalam masa dua minggu tu dah tiga/empat kali dia minta tambah credit hpnya. Asihk bergayut aja dia ... Minggu lepas pakngahnya ada ajak dia balik ke rumahnya di Redong, tapi along tak mahu. Minggu ni ... along tinggal dengan teman-temannya aja di dom. Ramai juga yang balik rumah minggu ni ... kata along. Mungkin minggu depan dia akan ke rumah pakngahnya tu ..

Angahpun tak dapat balik minggu ni ... puas ibu tunggu panggilan telefon darinya tapi hinggalah pada petang Jummat (25/7/08) barulah kedengaran suranya tu ... Kasihan angah, penyakit kulitnya tu masih lagi belum hilang, malah merebak ke tempat lain pulak. Ubat yang ibu bekalkan dulu dah hilang katanya. Budak ni .... barang yang kecil pun tak boleh nak di jaga, ashik hilang memanjang ... Pagi Ahad pulak, sedang ibu sibu memasak di dapur, kedengaran telefon berdering dan bergegas ibu mengangkatnya. Emmm ... siapa lagi dialah .... baru dengar suaranya lagi dan bagitahu ibu yang dia nak keluar sekejap dengan kawannya. Lah ... dia ni ... dah janji dengan ibu tapi nak ikut pulak dengan kawannya. Oklah tak apa .... tapi telefon semula bila dah balik nanti. Ibu sambung semula memasak dan kemudian bersiap-siap untuk pergi berjumpanya.


Uda, Zeti & Angah ketika di Sg. Congkak

Sebelum ke asramanya, ibu singgah sebentar ke Econsave dan beli barang-barang keperluan angah dan kemudian ke asramanya. Sesampai kami di sana, angah dahpun menunggu. Ibu cadang tadi nak beli KFC tapi dah ke Econsave pulak. Ibu cuma bawakan dia lauk aja. Kami cuma duduk sambil sembang dan makan kuih yang dibeli tadi. Angah ada cerita dekat ibu yang di sekolahnya kini ramai budak yang kena hestria. Risau lak ibu mendengarnya dan sebelum pulang ibu nasihatkan dia berhati-hati dan banyakkan berzikir dan lupa pulak ibu nak bawa surah yasin tadi. Semasa kami hendak bertolak, ibu tengok wajahnya sayu aja ... Jangan risau angah, ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan angah. Mudah-mudahan angah akan bersabar dan dapat menghadapi segala dugaan hinggalah kepenghujung tahun ni ... Insyakallah jika ada kelapangan ibu akan jenguk selalu ....

0 ulasan: