DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, July 30, 2008

MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG DAN PELANCARAN LOGO

Hari ni (RABU - 31 Julai 2008) pejabat ibu senyap aja ... ada yang pergi raptai AKC, ada yang telah berdebar untuk untuk mendapat anugerah (Cik Zalilah dan En. Isma) dan ada juga yang tak sihat dan dapat MC seperti rima (demam) dan Mariana. Tinggalah ibu sendirian, tiada teman untuk ke jamuan tapi nasib baik ada Malina dan CC Ruslaini. Sesampai aja di Dewan D5, ibu lihat banyak lagi tempat-tempat yang masih kosong dan kemudian terjumpa satu meja yang masih boleh dimuatkan untuk kami bertiga, kebetulan Pn. Sabariah ada dimeja tersebut, maka kamipun menyertai mereka semua. Punyalah lama menunggu dari 12.30 tgh hinggalah 1.30 tgh. barulah muncul VIP. Kami semua dah kelaparan, tak tahannnnn ...... Tengah kelaparan tu ... tetiba kedengaran suara juruacara memaklumkan kedatangan vip. Ehhh .... macam kenal aja suara tu .... Bila diteliti, oh .... Cik Zurina kita rupanya. Wah ... bersemangat lagi bila mendengar suaranya dan juga pasangan memberi makluman dan arahan. Oklah tu ... dah boleh jadi juruhebah radio ... Tahniah ya Cik Zurina .... nanti hari jumaat ni akak belanja makan nasi lemak.




Kelaparan (gambar hiasan aja) gambar asal tak dapat nak di tangkap tadi


Penerima AKC (wakil bhg) Cik Zalilah (tudung putih tu ...)

Selepas ucapan, semua para penerima KC (Khidmat Cemerlang) pun dijemput menerima sekeping siji dan sejumlah RM sebagai tanda penghargaan. Tahniah!! ibu ucapkan kepada kekawan ibu yang telah berjaya memperolehi KC. Disamping itu diadakan sekali acara perasmian logo mot dimana sebelum ini telah diadakan peraduan mencipta logo mot. Terbuka kepada orang luar dan warga mot. Ramai juga warga mot yang menyertainya tapi nasib tak menyebelahi mereka apabila orang luar dari mot telah menerima RM3,000. Warga mot cuma mendapat tempat kedua dan ketiga. Tahniah!! kepada yang berjaya, tapi bagi kekawan ibu yang tidak berjaya tu ... janganlah sedih (termasuklah ibu, rima dan zali) .... lain kali kita cuba lagi. Kali ini bukan rezeki kita kan ..... nak nangis ....huk ..huk... Begitulah ceritanya untuk hari ni ...

0 ulasan: