Salam sejahtera kepada semua peminat blog, Selamat Berhari Raya.
Nampaknya tahun ni ibu ambil cuti awal, selalunya esok nak raya hari ni masih lagi bekerja tapi kali ni nak raya awal lak ... ibu mula cuti pada 29/9/08 hinggalah 6/10/08. Bukannya apa saja aja nak cuti, nak buat ketupat tapi sampai waktunya dapat buat sikit aja tak sempat. Tahun depan nak buat sarong ketupat dan jual di tepi jalan, mesti habis punya ....
Angah balik pada 26/9, dijemput oleh babah, sementara tu along pun nak balik cepat juga. Tiket yang makngahnya belikan untuk 27/9 ditukar dengan kawannya dan dia pun balik pada malam sabtu. Dengan itu terpaksalah ibu dan babah pegi ambil dia di stesen serdang pada pukul 10.00 malam ... nasib baik dekat aja, kalau di Puduraya entah kirim salam aja, baliklah sendiri. Agaknya along dah serik nak terus ke puduraya dari Segamat, sebab kejadian yang lalau dimana dia tersangkut di KLCentral. Dah dua kali balik, dia mesti berhenti di Serdang.
Waktu sahur dan waktu berbuka, meriahlah meja makan ibu dipenuhi semua anak-anakku sayang ....
IBU SIBUK BUAT KETUPAT BERSAMA ZETI
Hari Isnin & Selasa (29 & 30/9/08), ibu dah cuti tapi babah masih kerja lagi, katanya masih ada kerja yang belum dibereskan dan hari Selasa babah kerja juga tapi balik cepat nak services kereta. Sementara tu ibu dan zeti sibuk menganyam ketupat yang babah beli sebanyak 50 biji, tapi ibu dapat buat cuma 40 biji aja sebab yang lain tu daunnya kecil sangat. Zeti pulak sambil nak nganyam juga dan akhirnya dia boring tak dapat buat dan kemudian ambil ketupat tu buat main bola pingpong. Hisss .... budak ni .... habis sarung ketupat ibu tu .....
Zeti dan duit raya yang akan dibagi kepada kekawannya
KAMI BALIK BERHARI RAYA DI ULU YAM (KG BABAH)
Tengahari hari Selasa (30/9/08) pagi-pagi lagi ibu buat sarapan dan kami makan bersama, selepas tu kena tunggu babah balik dari services kereta. Masing-masing dah tak sabar nak balik ke Ulu Yam. Zetilah ashik tanya, "bila nak balik kg, bila nak balik kg. ..." Akhir pukul 1.30 tgh. barulah nampak babah dan pukul 2.00 petang kamipun berangkat ke Ulu Yam. Sesampai di sana maklong dan macik zeti dah ada, mereka sedang mula memasak rendang ayam dan daging. Sementara tu ibupun tumpang masak ketupat yang dah ibu & zeti buat semalam. Sebelum hujan turun sempatlah rendang, ketupat dan nasi impit kami tu masak ...
Semua tengah lepak menunggu babah balik
Petangnya ibu buatkan mee bandung muar untuk berbuka dan membeli pelbagai jenis air serta kuih untuk dimakan waktu berbuka nanti di pekan Batang Kali. Ketika tu hujan dah mula turun ... Sempatlah kami sampai dan ibu lihat maklong, makcik zeti serta sepupunya dah mula duduk di atas spra dengan makan yang telah terhidang. Seronoknya sesekali dapat berbuka beramai-ramai seperti ni, teringat pulak waktu aruah nenek zeti, dia mesti dah pun duduk sama dengan mereka. Sejak aruah nenek zeti tiada (3 tahun yang lalu) inilah kali kedua kami dapat berkumpul bersama-sama cuma dua lagi anaknya yang tak dapat beraya bersama-sama. Nampaknya kali ni rendang dan ketupat mencukupi tak seperti tahun lepas kata maklong.
Zeti & Uda sedang sebuk menjamu selera
Malamnya selepas berbuka angah dan paklong zeti mengikut penduduk kampung bertakbir di setiap buah rumah dan rumah nenek adalah yang terakhir maka sampai pukul 2.00 pagi barulah kedengaran takbir di rumah nenek. Semuanya ini telah menjadi tardisi turun temurun di kampung nenek dan anak-anak aruah nenek kenalah mengikutinya. Angah pulak kali ni teringin nak ikut paklong tapi akhirnya dia terkolap dalam kereta keletihan dan mengantuk. Begitu juga kami semua yang menunggu di rumah, sempat tidur dulu dan kemudian terjaga untuk siapkan hidangan. Pukul 3.00 pagi barulah sunyi sepi rumah peningalan aruah nenek dimana seluruh ruang rumah dipenuhi anak dan cucu aruah yang sedang lena dibuai mimpi.
Angah pun sibuk juga nak rasa kuih yg maklong buat
Akhirnya pagi tu ... pukul 5.00 ibu dah terjaga dan mulalah ibu ke dapur panaskan apa yang ada dan buatkan sayor lodeh, almaklumlah kita orang johor, sayur lodeh tu sedap dimakan dengan ketupat dan kuah kacang dicampur pulak rendang .... wahhhhhh ... lagilah sedap ... Setelah siap ibu kejutkan babah dan yang lain-lainpun turut bangun untuk sembahyang hari raya. Sementara yang lelaki sembahyang hari raya kami yang perempuan siapkan apa yang patut dan kemudian menzihari kubur nenek dan terus berhari raya ke rumah sedara mara yang ada. Dengan lawatan tersebut maka dapatlah si zeti duit raya, ditambah pulak dengan pemberian dari maklong, makcik dan makngahnya serta sepupu yang dah bekerja.
Zeti tengah makan ketupat yang ibu buat
Sebelah petang iaitu pukul 6.00 petang kamipun berangkat pulang ke Putrajaya dengan berbekalkan rendang dan nasi impit yang masih ada. Setibanya di Putrajaya kami singgah ke kedai mamak beli nasi beriyani, ibu tak larat nak masak sebab kepala ni sejak semalam lagi terlalu sakit rasanya. Ini mungkin disebabkan dah dua hari ibu tak makan ubat darah tinggi.
Malam itu kami tidur awal sebab esok pagi kami akan berangkat ke Muar Pulak. Nampaknya along gembira menyambut Hari Lahirnya
BERHARI RAYA DI KAMPUNG IBU
Seperti yang dirancang, pepagi lagi ibu dah buat sarapan mee hoon goreng & nugget. Pukul 9.00 pagi setelah semuanya siap, kamipun berangkat ke Muar. Sepanjang perjalanan mereka di belakang semuanya dah lelap termasuklah zeti. Cuma ibu aja yang cuba-cuba celikkan mata dengan mencari apa yang ada untuk dimakan sementara babah nampak tenang aja.
Rehat setelah penat bermain
Pukul 11.00 pagi sampai di Air Keroh dan kami singgah makan KFC. Angah tak lalu makan kerana letih dan mengantuk sebab malam tadi sampai pukul 2.00 pagi dia ashik mengadap pc. Itulah bana kalau tak cukup tidur .... semua yang dimakan tak terasa sedapnya. Kemudian kami berangkat semula dan sampai di kg ibu pukul 1.00 tgh. Oleh kerana perut masih kenyang lagi maka ibu dan babah terus ke belakang rumah untuk mencari buah duku yang masih ada lagi. Apa bila sampai di pangkal pokok duku tu .... maka teringatlah masa kecil-kecil dulu, disinilah ibu dan babah ibu sama-sama memanjat dan memetik buah duku untuk dijual di tepi jalan raya. Dulu-dulu duku di sini terkenal kerana isinya manis dan bijinya tak besar, sedap dimakan.
Babah dan cucu saudaranya
Petangnya sempat kami beraya di Bukit Terih dan untuk menjemput mokda yang berada di rumah mak mertuanya. Selepas tu kami ke Giant membeli sedikit barang keperluan dapur, begitu juga dengan makngah, maklong dan mokda zeti. Sempat juga belikan baju-baju untuk anak buah yang turut sama dan kemudian kami terus balik ke rumah.
Zeti bercerita dengan sepupunya
Esoknya pulak ibu dan babah tak ke mana-mana, cuma melayan tetamu yang datang ke rumah dan malamnya pulak kami ke Fun Fair yang kebetulan ada di Tg. Agas, Muar bersama-sama zeti dan sepupunya. Seronok nampaknya zeti dan awis naik buai berpusing, kereta lumba serta kuda pusing, nurul dan amira pulak main tangkap itek dan mereka berdua dapat hadiah patung power renger dan cawan kecil. Setelah RM20.00 terbang, kamipun balik ke rumah dan berhari raya di rumah paklong dan maklong dimana ketika itu ada tetamu istimewa anaknya yang datang (bakal besan). Kami turut sama meraikannya, sebab petang tadi kami tak dapat ke rumah mereka. Setelah mereka pulang, kamipun turut sama pulang.
Zeti & Awis sedang merancang untuk menaik roda berpusing
Sedang menaiki kuda pusing
Awis sedang menaiki kereta lumba
Kami kembali semula ke Putrajaya pada hari Sabtu (4/10/08) kerana pada hari Ahad angah akan kembali ke asrama. Tapi angah nampaknya sedih aja sebab ramai kawannya yang masih belum balik lagi. Sebelum balik kami sekeluarga sempat juga jumpa anak buah yang beraya di kedah, cuma pakusu zeti aja kami tak jumpa. Dia sekeluarga balik pada sebelah petang.
Nampaknya tahun ni angah begitu gembira sekali sebab dah dapat dah apa yang dihajatinya. Terpaksalah ibu mengalah dan berikan apa yang dia hendak sebelum tamatnya SPM. Kebetulan telefon lamanya dah rosak.
Kali ni ibu dan babah terpaksa keluarkan sedikit wang untuk mengembalikan semangat along agar terus belajar dan menamatkan kursusnya di Segamat. Satu hari suntuk kami menghabiskan masa untuk membeli laptop along, kebetulan hari Isnin yang lalu babah dan ibu masih cuti dan kamipun ke MINES tapi tak jumpa apa yang dicari dan kemudian zeti ajak naik lrt dan kami pun ke Bukit Bintang untuk ke Sg. Wang dari Bukit Jalil. Sesampai aja di Hang Tuah kami pun bertukar ke monorel untuk ke Sg. Wang Plaza dan ke Loat Yat. Katanya di sana banyak pilihan jika hendak membeli komputer. Memang benar, rambang mata bila melihat banyak laptop yang berjenama dan pelbagai harga di jual di situ. Harganya bolehlah ...... jika pandai mencarinya. Tapi ibu dan babah terpaksa beli apa yang dirasakan ok, biarpun setelah membelinya kami ke kedai lain dan mendapati harga laptop yang baru dibeli tu ada yang lagi murah lagi.... tapi apa nak buat kami ni tak pandai nak beli .... baru hari nilah kami tahu tentang perisian di dalam komputer tu .... Setelah penat berjalan akhirnya pukul 6.00 ptg. barulah kami pulang menaiki monorel - erl dan kemudian naik kereta ke rumah. Walaupun penat berjalan tapi kami puas hati dapat juga membelinya sendiri. Sesampai di rumah ibu lihat along gembira sekali menerima laptop tersebut. Itulah hadiah hari jadinya dan minta dia belajar dengan lebih serious lagi untuk masa depannya.
Aksi cerianya ketika sedang menunggu lrt datang
Ketika didalam lrt untuk ke Bukit Bintang
Itulah monorel zeti, ketika sedang menunggu monorel di Hang Tuah
Semasa ibu bawa balik handphone baru untuk angah, ibu lihat uda lain macam aja, dengan zeti pun dia tak layan dan buat indah tak indah pada kami. Ibu dah lama perasan tapi buat tak tahu aja. Sebenarnya angah beli telefon dan ibu juga beli telefon sebab dapat lampu hijau dari babah dan babah pulak nakkan telefon lama ibu, telefon lama babah tu pulak ibu belikan kulit yang baru dan setelah dipasangkan ibu berikan pada uda. Wah .... wajah uda kembali ceria dan barulah hendak bermain dengan zeti. Dia cemburu sebab orang lain semuanya ada tapi dia tiada apa-apa. Ibu bukan tak perasan, ibu tahu cuma saja aja nak tengok gerak gerinya.
Zeti ni pulak ... tiada lain ashik dengan patung barbienya aja ... dapat aja duit raya dah ajak ibu pergi beli mainan, terpaksalah ibu ikutkan aja dan simpan separuh duitnya tu ... Tapi dia minta kembali duit rayanya tu .... Itulah si zeti dengan barbienya.
Ok ...lah nampaknya raya tahun ini bermakna bagi kami sekeluarga, seronok ada, tak seronok pun ada. Walau bagaimanapun alhamdulillah sepanjang Ramadan dan tibanya syawal kami sekeluarga sihat-sihat aja dan dapat meraikan Aidil Fitri bersama-sama seluruh umat Islam di dunia.
Nota: Ibu dan babah berhabisan asalkan anak-anak bahagia.
2 ulasan:
selamat hari raya kak kay..wah beraya sakan ye. Jemputlah datang rumah ye.
Selamat Hari Raya juga untuk kamu sekeluarga. Awak pun apa kurangnya ... dan bila nak datang rumah akak?
Post a Comment