DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, October 14, 2008

Ubah Penampilan Diri

Minggu ni oleh kerana ibu tersangatlah sibuk maka ibu taklah dapat nak duduk lama di PC. FM yang membuatkan ibu sibuk, nak uruskan dokumen penting ibu pun tak dapat. Selagi tak habis kerja selagu tu ibu tak senang duduk .... Dah habis kerja barulah relex ....

Gambar hiasan aja

Oh ya ... sebelum tu hari ni sebagai silingan bacalah PETUA ini .. UBAH PENAMPILAN DIRI


Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan.


Ibu dan Dato' Dr. Fadilah Kamsah

Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampainya sahaja anda di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri.

Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.


Gambar beramai dengan Dato' Maznah

Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik;

Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching';

Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi;

Kasut - Kasut yang sesuai denga tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat;

Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain;

Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu;

Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya;

Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka; dan lagi

Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. Walau pun begitu anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri anda. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calun-calun secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang.

Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

0 ulasan: