DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Thursday, October 30, 2008

MULA AKTIF MAIN BADMINTON

RABU (29/10/08)

Dah dua hari zeti menduduki peperiksaan akhir tahun. Hari pertama dia kena hafal ejaan, nampak gaya bolehlah ... untuk suku kata yang ada dua huruf tapi bila kena tiga huruf lain bunyinya. Hari ni hari ketiga, katanya ramai kekawannya yang selsema, batuk dan demam termasuklah dia. Minta-minta dapatlah dia menghabiskan peperiksaannya tu .... Lepas tu ada latihan untuk hari konvo yang akan tiba pulak. Hari Jumaat ni ... uda pula mula periksaa akhir tahun. Ibu tak tahulah nak kata apa sebab .... tak pernah tengok uda pegang buku, ashik keluar aja (pegi memancing dan ke cc). Apalah nak jadi dengan budak sekok ni .... Along pulak awal disember ni baru mula periksa dan sekarang tengah sibuk mencari rumah sewa, tahun depan tak mahu lagi duduk di dom, tak selesa katanya. Angah pula lagi dua minggu untuk menduduki peperiksaan SPM. Kertas yang dia ambil mula pada 11 November hinggalah 2 Disember 2008. Dari jauh ibu hanya dapat mendoakan dia agar sihat sentiasa, ceria dan bersemangat untuk


Inilah yang selalu dibuat bila balik ke rumah

Petang semalam barulah ibu dapat memulakan aktiviti yang dah lama ibu tinggalkan. Main badminton adalah kegemaran ibu tapi oleh kerana tiada kesempatan dan ketika tu zeti masih kecil lagi tak lah dapat ibu nak meneruskan aktiviti ibu tu tapi sekrang ni dia dah besar, bolehlah bawa dia sama. Oleh kerana dia sendirian aja di dewan tu ... dia cuma lihat aja ibu bermain dan bila ibu datang kat dia dia pun ajak ibu minum dan makan biskut dia.

Sesampai aja ibu di dewan tu adalah beberapa orang yang sedang bermain dan mereka mengajak ibu dan teman main bersama. Masa tu seronok sungguh, tapi kemudian mesti sakit badan. Kami berlatih selama 1 jam setengah aja, sebab hari dah nak malam dan lagi ibu tak biasa memandu waktu malam. Semasa dalam perjalanan pulang, si zeti ashik aja bunyikan bunyi bulu tangkis mengena reket ... dan seronok sekali bila kawan ibu berikan ia bulu tangkis yang dah kami gunakan tu.

Semasa baring pun dia boleh tangkap gambarnya

Seperti apa yang dijangkakan, apabila sampai aja di rumah mulalah badan ibu sakit-sakit dan hinggalah ke pagi ni ... masih ada terasa sakitnya. Tapi ibu kena juga pegi latihan minggu depan sebab pada 8 November ni kami ada pertandingan.

1 ulasan:

mama ami rania said...

wah main badminton ye..bestnye.. :D