DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, October 28, 2008

TAK BERKESEMPATAN UNTUK MENGUPDATE BLOG ..

ISNIN - AHAD (13-18/10/08)

Dah lama ibu tak mengupdate blog ni .... banyak perkara yang perlu diuruskan dan lagi mood raya tengah melanda .... Tapi hari ni nampaknya dah ok ... dah ... Sepanjang 13 - 16/10/08, tiada apa yang menarik untuk ibu ceritakan cuma ibu sibuk menyiapkan fm. Tapi yang tak bestnya dahlah kita bersusah paya membuatnya tapi akhirnya tak diperlukan secepat mungkin. Walau bagaimanapun ibu rasa lega sebab fm dah dihantar kepada pihak pengurusan dan cuma untuk buat salinan diri sendiri serta bahagian aja yang masih tertangguh. Hari seterusnya sempat juga ibu ke kelinik untuk buat ujian darah dan urine.
Tengaharinya pula ibu dan beberapa orang teman ahli PUSPANITA menghadiri majlis ramah mesra sempena menyambut kedatangan Penaung PUSPANITA yang baru dan juga Jamuan Hari Raya di Hotel Equtorial, Bangi. Pukul 2.00 ptg. kami seramai lima orang dengan rasa bersemangat terus menuju ke parking bas tapi tunggu punya tunggu tiada seorang pun yang datang dan akhirnya dengan seramai 5 orang tu kamipun berangkat ke hotel dengan sebuah bas yang boleh memuatkan penumpang seramai 45 orang. Sepanjang petang itu kami dihiburkan dengan pertandingan tarian poco-poco. Sebanyak 4 kumpulan yang menghambil bahagian. Kesemua kumpulan tersebut menunjukkan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan tapi cuma tiga aja yang berjaya. Yang tak berjaya tu semuanya bagus cuma tak mengikuti syarat iatu 8 ahli, yang mereka ada cuma 6 orang dan 7 orang. Tak apalah tahun hadapan kita buat lagi. Seronok juga sesekali menghadiri majlis seperti itu.

Pengerusi PUSPANITA sedang meraikan kedatangan Penaung PUSPANITA yang baru

Meraikan perpisahan penaung PUSPANITA yang terdahulu

Kumpulan yang menang tempat pertama dan kedua


Ibu dan teman sempat beraksi sebelum menaiki bas

Sebahagian dari ahli PUSPANITA sedang menjamu selera

Dan petang Jumaat tu juga angah telefon bagitahu yang dia lambat balik dan bawa kawannya ke rumah. Maka minggu ni ... ibu ada tetamu dan lepas magrib barulah angah muncul dengan kawannya tu. Angah ni..., kalau dah ada kawan apa lagi ashiklah dengan telefon dan komputer aja. Hari Sabtu kawan ibu pulak datang beraya ke rumah. Ibu buatkan ketupat segera, kuah kacang, sambal petai dan ayam goreng, kebetulan kawan angah pun ada. Kemudian ibu dan kawan ibu ke rumah kawan yang lain di Presint 18 tapi oleh kerana kami lewat dan tak maklumkan kedatang kami, maka kawan ibu itu pun dah keluar beraya. Maka kami tak lah dapat beraya kerumahnya dan kemudian ibu pun terus ke pasar malam. Angah pulak, pagi-pagi lagi dah bersiap-siap nak ke alamanda bersama-sama dengan kawannya. Petang barulah dia balik. Hari Ahad seperti biasa kami bersiap-siap untuk hantar angah dan kawannya balik ke Sg. Buloh dan kemudian bawa zeti ke taman. Dah lama zeti tak ketaman dan kali ini dia seronok bermain sendirian.





ISNIN - AHAD (20 - 26/10/08)

Minggu seterusnya pulak iaitu pada 20 - 26/10/2008, zeti sibuk dengan latihan menari untuk hari konvonya nanti pada pertengahan bulan November 2008. Petang aja balik dari sekolah dia beritahu yang cikgunya minta duit baju RM50.00. Kalau ibu tak bayar nanti zeti tak boleh menari, katanya. Babah pulak pergi ke Genting selama 2 hari. "Babah tidur di office ya..." kata zeti dan ibu pulak telah diajak oleh kawan untuk latihan badminton tapi oleh kerana hari Isnin tu petangnya hujan maka tak dapatlah ibu nak berlatih badminton. Zeti pulak dah siap nak gi sama main dengan ibu. Ibu sebenarnya malas nak main badminton ni, tapi oleh kerana dah tak ada orang maka ibu ikutlah kehendak kawan ibu tu ... Manalah tahu kot hari lawan nanti ada power pulak .... eh.. eh ...

Tentang pergi kelinik pulak tu (hari Selasa), punyalah lama menunggu .... akhirnya barulah tiba giliran ibu untuk berjumpa doktor. Sepanjang pagi orang ramai menunggu dan pelbagai rungutan yang ibu dengar tapi ibu buat tak tahu aja, sebab kelewatan itu bukan disengajakan tapi perlu untuk kemudahan masa hadapan juga (upgrade sistem). Akhirnya giliran ibu sampai juga dan keputusan ujian dan urine minggu lalu semuanya ok .... lega rasanya tapi ..... darah tinggi ibu masih seperti dahulu dan kenalah juga makan ubat yang sama. Kalau boleh malasnya rasanya nak makan ubat setiap hari. Semasa nak keluar dari kelinik tersebut, terserempaklah ibu dengan kawan lama ibu (rima) bersama shahmi dan ayahnya. Terubat juga rindu bila dapat jumpa dengannya. Kami dapat berbual sekejap sahaja sebab ibu nak cepat balik ke pejabat. Untuk temuduga nanti, ibu masih belum dapat uruskan dokumen peribadi ibu, susah nak dapatkan fail sebab dah lama fail tu tak di lihat. Entah ada ke tak lagi fail ibu tu .... almaklumlah baru sekarang nak gi temuduga. Di pejabat pulak sibuk dengan jamuan hari raya, setiap bahagian berlumba-lumba nak buat jamuan tapi yang ibunya .... senyap aja. Agaknya nak tunggu DEPARAYA tak?..

Tengah sibu-sibu tu sempat juga ibu ke D8 membeli belah .... dan kemudian pekerja TM net pulak menalipon ibu dan minta ibu upgradekan internet. Akhirnya berjaya juga pekerja TM net tersebut memujuk ibu, maka terpaksalah ibu korbankan RM110 setiap bulan untuk internet dan tel di rumah. Itu belum lagi duit topup untuk along, angah dan ibu. Hai ...berjaya juga dia orang ni mencairkan duit ibu. Petang khamis angah telefon ibu yang dia dibenarkan balik pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin kerana Isnin cuti Deepavali. Ingatkan minggu lepas last dia balik tapi dapat juga balik minggu ni ... kira oklah tu .... Kali ni dia tak bawa kawan balik tapi terpaksa tidur di rumah kawannya sebab dia balik dah malam ibu tak berani nak ambilnya di stesen ktm sg. besi (jauh ....). Esok pagi barulah kawan dia tolong hantarkan.

Hari Sabtu babah pagi-pagi lagi dah bersiap-siap untuk ke Klang, katanya kawan officenya nikah hari ni. Sementara tu ibu dan zeti duduk di rumah aja dan kebetulan Paklong dan Maklong zeti yang duduk di pj telefon nak datang rumah. Apa lagi seronoknya kami menyambut kedatangan tetamu tu walaupun tiada babah. Sebelum mereka sampai ibu dahpun masak nasi, ayam masak kicap, kacang panjang masak lemak, ikan goreng dan sambal tumis. Pukul 2.15 ptg. dia sampai dan terus makan kemudian duduk bersembang dengan zeti. Sementara tu ibu buatkan mee bandung. Pukul 4.00 ptg setelah makan mee kami ke Masjid putrajaya (saja-saja nak tengok ikan besar di situ) dan kemudian ke Alamanda sebab Mak long nak belikan zeti baju raya. Sebenarnya sebelum gi rumah kami, maklong nak gi ke alamanda tapi dia tak pandai nak ke situ dan akhirnya dia ke rumah kami dulu. Semasa kami balik ke rumah babah dahpun balik dari Klang. Dia cuma senyum aja bila zeti tunjukkan baju raya yang maklong belikan.


Maklong dan zeti sedang leka tengok ikan di dlm tasek


Ntah apalah yang maklong dan paklong tu tengok ....

Hari Ahad, oleh kerana semalam babah dah tinggalkan kami, maka hari ni babah kenalah bawa kami pergi beraya ke rumah pakusu di Seremban Jaya. Sebelum tu ibu kenalah masak dulu sebab uda tak mahu pergi dan lagi bila balik nanti taklah penat ibu nak masak cuma panaskan apa yang ada kan?... Pukul 2.00 petang barulah kami (babah, ibu, zeti & angah) bertolak ke Seremban dan disana nenek, pakngah & makngah serta anak-anaknya dahpun relex bersantai. Mereka datang ke rumah pakusu pada petang sabtu lagi sebab nak buat roti jala. Setelah menjamu selera makan roti jala dan laksa maka kamipun balik ke rumah.

Hari Isnin (cuti Deepavali) seperti biasalah jika angah ada, jawabnya kenalah kami hantar dia balik ... sebelum tu kenalah ibu masak sebab nak bagi angah bawa bekal. Kali ni kami hantar dia lambat sikit sebab esok angah masih lagi cuti. Angah terpaksa balik hari Isnin sebab besok babah dan ibu bekerja dan tiada siapa nak hantar dia balik. Sebelum balik ke asramanya kami sempat juga singgah di The Store, angah nak cari baju untuk majlis di sekolahnya. Cari punya cari maka terjumpalah baju yang dikehendakinya kebetulan waktu tu ada sale 70% lagi kalau tidak kena bayar RM79.00 ... Nampanya angah ceria walaupun tak lama lagi SPM dah hampir ... Mudah-mudahan kecerian itu akan terus hingga ke hari peperiksaan nanti. Waktu tu dah pukul 5.30 petang maka kami terus bertolak ke asrama dan di sana berlaku lagi ensiden dimana si zeti tu teramatlah sayu nak meninggalkan angahnya keseorang di surau apatah lagi setelah bersalaman dengan angah dan malam tu angahnya pula kena tidur sendirian. Terlalu sedih rasa hatinya dan sepanjang jalan terdengarlah bunyi "ssset ... seeet ..." zeti mengesat air mata dan hingus yang meleleh. Hai sejak bila pulak si zeti ni jadi penyedih .... Hai zeti jangalah sedih sangat ... esok nak periksa tau .... kata ibu pada zeti. Apa kata zeti pulak ..."zeti sedih, angah tinggal seorang kat surau tu ...."


Inilah angah kesayangan zeti tu..

Begitulah kasih adik kepada abang kesayangannya .... tapi dengan uda pantang berjumpa ashik nak bergusti aja .... macam kucing dengan anjing ... tapi zeti sayang uda juga ... dan along baru kini dia sayang zeti ....

0 ulasan: