Zeti dah 5 tahun, tahun depan boleh pegi sekolah .... kan
Saturday, May 17, 2008
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ZETI ....
JUMAAT (16 5 08)
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO ZETI ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... Itulah lagu yang mula-mula sekali ibu ucapkan pada dia untuk bagi dia cepat bagun. Kalau tidak susah benor ... Setelah mendengar lagu tu dia mula tersenyum ... "zeti birthday ya ibu ... " "ya lah tu, dah bangulah cepat ... " tak bangun lagi. Akhir sekali ibu geletek dia sampai dia bangun. Sebelum tu pepagi lagi ibu dan masukkan kek ke dalam bungkusan dan mengira ada berapa semuanya. Ok ... genap 50 bungkus untuk di bawa ke sekolah zeti, untuk di bagi kepada kekawan dan juga kebetulan hari tu sempena HARI GURU. Untuk cikgu ibu bungkus dalam bungkusan istemewa untuk cikgu dengan kad sekali. Tapi ibu rasa tak seronok sebab tak dapat bagi pagi kekawan ibu di pejabat. Tahun lepas ibu dapat bagi kepada semua kawan ibu di pejabat. Tak apalah kan ... insyakallah tahun depan kami bagi.
Sesampai di sekolah zeti ibu berikan buungkusan tersebut kepada cikgu kelas untuk dibahagi-bahagikan kepada kawan2 zeti. Seronoknya zeti nak sambut birthdaynya di sekolah. Sebelah petang ibu bertanyakan zeti tentang di sekolahnya tadi. Apa lagi bercerita panjanglah dia kepada ibu. Dia kata semua kawan salam dan ucapkan selamat hari jadi kepada dia dan zeti bagi jajan kepada kawan-kawan. HAPPY BIRTHDAY ZETI, semuga zeti menjadi anak yang soleha, cemerlang, gemilang, terbilang dan sentiasa ceria selalu.
Dicatat oleh OM & KAY FAMILY di Putrajaya 7:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment