DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Friday, May 23, 2008

ZETI DATANG OFFICE IBU

JUMAAT (23/5/08)

Pagi ni ibu berbalah dengan zeti sebab celik aja mata dia, "nak ikut ibu gi office?" "Alah, tak yahlah zeti gi, sebab bos ibu nanti marah kalau nampak budak ....". "Tak pa ... zeti nanti tak bising, zeti tidur aja ..." Amboi bukan main lagi baik dia ... tapi bila di bawak aja ke office, mulalah dia nak itu, nak ini ... dan yang tak bestnya langsung tak mahu tidur ... Oleh kerana dah lama dia ashik nak ikut ibu, maka ibupun bawaklah dia ke pejabat. Kebetulan hari ni sekolah dah mula cuti ... Apa lagi seronoknya dia dapat ke pejabat ibu. Di pejabat ramai kawan-kawannya yang menunggu ... terutamanya acik rima .... Hinggakan bila balik dari pejabat ibu dia tak keharuan dibuatnya ... ashik tanya acik rima tak ikut ke? Tetiba aja dia kata "zeti sedihlah ibu ....", "kenapa" tanya ibu. "Zeti tak dapat jumpa acik rima ..." Bila nak tidur malam, dia selalu bercakap sendirian ... apa yang ibu terdengar ialah "zeti sedih tak dapat jumpa acik rima, kak weeda, kak zurina dan abang tu ...." Hai ... tak tahu apalah nak jadi anak daraku ini ... Mudah mesra pada yang suka melayannya.

0 ulasan: