Pagi ni rumah ku kembali ceria dengan kembalinya wira-wiraku dari medan perjuangan. Mudah-mudahan perjuangan mereka selama ini berakhir dengan kemenangan. Itulah doa yangku panjatkan setiap kali aku menemuimu ya illahi. Petang semalam angah sampai ke rumah tapi dia kena tunggu ibu sebab tiada siap di rumah. Semasa ibu dan zeti sedang kecoh-kecoh dia sergah ibu, terperanjat ibu dibuatnya. Lega rasa ibu sebab angah dah selamat sampai. Malamnya pula muncul along pulak dengan babah. Oklah semuanya dah ada di rumah. Ibu seperti biasalah bertanya khabar mereka dan sibuk di dapur untuk menyediakan juadah malam. Lauk biasa aja sebab bekalan untuk seminggu dah nak habis.
Angah seperti biasalah, mula mengadap komputer. Walaupun dia sekarang ni tengah sibuk periksa pertengahan tahun tapi bila balik rumah aja, lupa semuanya. Geram ibu dibuatnya. Katanya minggu depan nak balik, tapi oleh kerana ibu ashik beleter aja dia ambil keputusan tak nak balik. Apalah angah ni, ibu bukannya suka-suka nak berleter tapi cuma nak mengingatkan aja. Tak balikpun tak apalah angah, kebetulan minggu depan mungkin ibu tiada .... tapi kalau nak balik, baliklah.
Di hari minggu pulak pagi-pagi lagi mereka dah bangun berlumba-lumba nak guna komputer, nak tengok myspace dan dengar lagulah tu ... tak ada can langusng ibu nak tengok komputer (acah aja ... ibu tidak ada masa nak tengok komputer tu ..). Lepas seorang, seorang lagi ... pandai pulak mereka bergilir-gilir gunakannya. Tapi yang tak bestnya mereka gunakan komputer untuk hiburan aja dan sesekali aja ibu tengok angah baca tengang ugama. Katanya nak jadi pendakwah ... Hai angah, angah ... habiskanlah belajar tu dulu ... Along pulak ashik termenung aja, sejak game dia tiada. Itulah pandai sangat cari duit ... hingga barang kesayangan pun digadai.
Petang ahad, rumah ibu kembali sunyi ... tiada lagi yang berebut-rebut komputer. Cuma si zeti aja yang ashik merengek, ajak ibu main mainan dengan dia. Kesihan dia tiada kawan ....
0 ulasan:
Post a Comment