DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Sunday, May 25, 2008

KAMI TENGOK CITRA WARNA 2008 DI PURAJAYA

SABTU (24/5/08)

Seperti biasa sekiranya babah tak out station, dia pasti ke pasar borong serdang. Babah suka ke pasar borong tersebut sebab banyak pilihan ... Selalunya apa yang ibu teringin hendak beli, pasti balik nanti babah ada membawa apa yang ibu fikirkan. Kuat betul firasat babah hinggakan apa yang ibu inginkan pasti babah belikan. Bertuahnya kami dapat babah yang pandai membaca keinginan keluarganya. Best kan .... Seperti biasa setelah memasak, menghidang dan membersih dapur, kami pun makan bersama dan kemudian rehatlah setelah sepanjang pagi tak duduk diam.

Petang ni kami bercadang nak pergi ke Brillion dan kemudian ke pasar malam di Bangi. Selepas tu nak ke tengok citra warna di presint 3. Ibu dah sedia dengan kamera untuk tangkap gambar. Walau bagaimanapun ketika kami membeli juada, babah dapat telefon yang kawannya nak datang rumah. Dia dari KL dan nak tengok citra warna. Untuk itu ibu minta babah belikan apa-apa yang patut dan kami bergegas pulang ke rumah. Ini bermakna kami tak dapatlah nak tengok citra warna tu ... Sesampai aja kami di rumah, babah tegopoh gapah bawa motorsikal untuk menjemput kawannya tu ... dan ibu pulak macam lipas kudung mengemas rumah yang tunggang langgang dikerjakan zeti. Setelah selesai ibu berkemas, tetiba aja babah muncul mengajak kami ke tempat diadakan citra warna tu ... ibu kehairanan dan terus bersiap-siap. Lega rasa sebab dapat juga tengok citrawarna tu ... Kata babah kawannya tak dapat datang sebab dah terlewat dan dia tunggu kami di sana aja. Sesampai di sana kami pun berlegar-legar mencari kawan babah tu dan akhirnya jumpa juga kami dengan mereka. Sementara babah berbual-bual dengan kawannya itu, ibu dan zeti terus ke pentas tempat para penari membuat persembahan. Ibu tengok zeti seronok dapat tengok persembahan tu dan kemudian tanya tak ada bunga api ke? Pukul 10.00 mlm barulah reda persembahan tu dan kamipun berangkat untuk pulang.



Sedang kami berjalan menuju ke tempat letak kereta, tetiba aja bunyi benda meletup dan ruang angkasa bercahaya. Wah ... gembiranya zeti dapat tengok bunga api. Tak lama sekejap aja dan kami pun menaiki kereta menuju ke rumah. Sekali lagi kami terkejut apabila terdengar bunyi benda berlaga di bonet kereta tapi bila dipandang ke belakang tiada apa dan kemudian zeti terlihat ada cahaya di atas kereta dan kemudian diikuti bunyi letupan. Rupa-rupanya pertunjukan bunga api baru nak bermula .... Apa lagi babah pun berhentikan kereta di tepi jalan, ibu pulak ambil kamera dan terus mengambil video gambar-gambar percikan bunga api tu hinggalah ke akhirnya. Sementara zeti sibu tengok dengan babah dari dalam kereta. Lama juga pertunjukan tu .... setelah selesai ibupun cepat-cepat masuk kereta dengan kamera yang masih lagi belum ibu matikan suisnya dan zeti pulak sibu minta kamera dengan ibu sebab nak tengok bunga api tadi. Berebut-rebutlah kami berdua untuk tengok apa yang telah kami rakam tadi. Tapi alangkah sedihnya .... sebab apa yang ibu rakamkan tadi tak menjadi. Ibu lupa nak tutupkan semula suisnya tadi yang dapat hanyalah suara pertelagahan kami berdua beranak. Alangkah hampanya ibu .... cuma gambar-gambar beberapa percikan bunga api aja yang dapat ibu ambil tadi. Itulah zeti ashik aja dia nak ....


Tengoklah kan .... cantinya, tapi tu masa tahun lepas

0 ulasan: