KHAMIS (13/11/08)
Disamping tu, angah pulak dah hari ke tiga dia menduduki peperiksaan dan tengah ibu sibuk menjamu selera dia sms minta ibu ambil dia di stesyen Sg. Besi. Lahhhhh .... ibu ni bab bawa kereta jauh-jauh ni yang leceh sikit, ibu masih belum berapa yakin untuk bawa keluar lebih jauh dari Sri Kembangan. Akhirnya ibu pujuk dia suruh naik bas, tak kisahlah lambat ke cepat. Kalau nak ibu ambil lagilah lambat, dengan jemnya dan lain-lain lagi. Along pun satu entah apalah yang penting sangat hingga nak balik juga ... baru lagi ibu hantar dia naik bas di Pudu Raya, alih-alih nak balik ... dah tu minta ibu ambil dia di tempat biasa. Lagi satu ambil tiket pukul 6.00 petang, mesti sampai nanti pukul 9 atau 10 malam. Manalah ibu biasa bawa kereta malam-malam. Agaknya dia faham masalah ibu maka dia minta kawan dia ambil dan selamatlah ibu malam tu ...
Petangnya sekembali ibu dari mengambil zeti dan sampai dirumah, angahpun muncul dengan senyum manisnya tu ... lega ibu sebab semua dah ada di rumah. Tap kasihan angah dia demam, demam peperiksaan lah agaknya atau terperanjat sebab semasa dia hendak mula periksa dia dapat berita yang gurunya masuk icu dan ketika dia sedang menjawab soalan, gurunya tu meninggal ... kasihan kan tak lah dapat arwah tu melihat kejayaan anak-anak muridnya.
Uda pulak dah tak sabar menunggu hari Jumaat nak cuti panjang, tapi ingat ... tahu depan dia pulak berperang dengan peperiksaan PMR. Tunguuuuuuuuuuuuuu ....
0 ulasan:
Post a Comment