DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Tuesday, November 11, 2008

BADMINTON LAGI

RABU (12/11/08)

Hari ni adalah hari kedua angah menduduki peperiksaan dan setiap kali habis periksa dia mesti sms kat ibu, kebetulan pulak dia ada bawa telefon maka mudahlah dia menghubungi ibu. Untuk dua minggu ni mungkin ibu rasa tak selesa sikit dan malasnya nak buat hard copy fm untuk office.

Sedang ibu mengupdate blog ni kedengaran tel berbunyi dan ibupun angkat. Nak tahu siap yang telefon? Partner ibu semasa pertanding badminton minggu lalu .... Oleh kerana kami dahpun menang (Johanlah katakan) maka diapun ajak ibu untuk bersama-sama main game tersebut. Untuk panaskan badan katanya, seminggu dua kali, sebulan RM20.00 seorang selama 2 jam. Nampaknya ibu tertarik juga dengan tawaran tersebut dan ikut joint sama. Tak apalah kan sesekali nak panaskan badan.

Inilah medal yang ibu dapat tu ....

Oh ... ya ... teringat pulak tentang perlawanan badminton antara bahagian minggu lepas. Macam nak mati ibu bermain, tahu ajalah dah lama tak turun ke gelangang. Baru dua hari latihan dah nak lawan. Pada permulaan perlawanan tu nampaklah tak berkeyakinan dan akhirnya kalah .... tapi adalah peluang untuk main kali kedua maka ibupun bermainlah dengan sepenuh hati dan akhirnya berjaya juga menumpas jaguh-jaguh JKJR. Fuhhhh ..... punyalah suka ibu dan teman dan akhirnya kami pulang dengan membawa medal serta wang tunai. Sampai rumah, tunjukkanlah kat babah, dia cuma senyum kambing aja, tapi zeti pulak suka tengok ibu dapat medal tu ...




Cantik tak?

2 ulasan:

Love, Suhaiza Abidin said...

tahniah .. jadi johan lagi.. maaf laa dah lewat ucap tahniah.. apa-apa pun.. hebat tu!!! Johan Antara Bahagian pewwittt!

OM & KAY FAMILY said...

Terima kasih, tak apa sebab ibupun lewat update blog ni ... tulah tak disangka-sangka pulak, cempedak menjadi nangka ... eh..eh eh...