SABTU (1/11/08)
Sabtu ni ibu dan zeti masih dalam kekalutan, pagi ni babah pergi pasar seperti biasa. Ibu pulak kenak masak awal sikit sebab petang jumaat rima kawan lama ibu ajak pergi ke rumah mel kawan lama rima. Oleh kerana rima dah ajak dan mel pun sama, maka ibu ikutkan sajalah kehendak mereka. Ibu ajak babah sama tapi babah malu .... (nak rehat katanya..) jadi ibu dan zeti ajalah pergi ke rumah mel. Pukul 1.00 tgh. ibu dah siap dah ... tapi rima ajak pergi pukul 3.00 ptg. maka terpaksalah kami tunggu lagi. Di luar nampaknya cuaca tak berapa elok, walau bagaimanapun ibu dan zeti pergi awal sikit ke rumah rima dan kemudian kami ke rumah mel. Setibanya kami di sana ramai tetamu yang ada, ingatkan sampai lewat jemputan dah berkurangan tapi semuanya datang lewat. Ketika kami leka menjamu selera hujanpun turun dengan lebatnya. Lah ... macam mana nak balik ni ... Akhirnya kami buat keputusan untuk redah aja hujan tu .... kemudian ibu dan zeti singgah di rumah rima. Lama juga kami berbual, sebab lama dah tak jumpa hinggalah tak sedar cik abang rima dah balik dari kursus di kl. Oleh itu kenalah kami berundur untuk balik ke rumah dan di rumah babah zeti dah tunggu untuk ke pasar malam pulak.
AHAD (2/11/08)
Pagi ni ibu tak buat pun sarapan sebab babah nak beli roti canai telor untuk uda dan zeti serta capati untuk ibu dan babah. Angah dan along tak balik minggu ni ... dia nak balik minggu depan .. Sementara menunggu babah balik dari beli akhar dan roti canai ibu sempat juga mencuci baju dan mula mengeluarkan juadah yang akan dimasak hari ni.
Setelah babah pulang kamipun bersarapan tapi si zeti susah benar dia nak makan... Sebenarnya hari ni ada kenduri kawin kawan sebelah tempat duduk ibu, tapi ibu tak pandai nak gi sendiri sebab babah pulak ke rumah kawannya yang baru pindah ke putrajaya. Jadinya selepas memasak ibu cuma duduk melayan zeti sehinggalah babah balik pada sebelah petangnya. Oleh kerana pagi tadi kami ditinggalkan maka ibupun mengajak babah keluar untuk membeli baju dan kasut sebab hari Selasa ni ibu nak gi interview. Nampaknya babah ikut aja kemana ibu nak pegi. Fikir punya fikir, ibupun ajak babah ke metro kajang. Sebelum ni kami tak pernah pergi ke tempat tersebut sebab disitu susah nak dapat parking, tapi petang tu alhamdulillah dapatlah kami parking kereta. Walaupun jauh sikit tapi kami tak kisah, nak tengok sangat tempat tu ...
Mula-mula sekali ibu ajak babah tengok kedai kasut dulu ... sebab sebelum ni teman ibu pesan kalau nak gi interview nanti pakailah kasut sarung. Cari punya cari akhirnya dapatlah kasut sarung yang harganya taklah mahal sangat ... kira oklah tu ... babah yang pilih, tapi ibu yang bayar. Kemudian kami ronda-ronda lagi di setiap tingkat dan terjumpalah satu kedai yang menjual pelbagai jenis baju kurung dan moden. Mulalah ibu membelek satu persatu baju di situ dan apabila terjumpa yang berkenan saiznya lak tak sesuai. Tapi ibu beli juga baju yang saiz ibu dengan zeti yang memilih corak dan warnanya. Kemudian kami ronda lagi dan tetiba babah terlihat satu kedai yang menjual pelbagai jenis baju yang boleh dikatakan murah juga harganya dari baju yang ibu beli tadi. Apa lagi ibu, babah dan zeti pun sibuklah membelek baju-baju yang terdapat di situ, kebetulan pelanggan tak ramai maka senanglah kami memilihnya. Akhirnya ibu pilih baju kurung warna purple seakan batik. Kira oklah tu ... babahpun berkenan. Tapi kali ni ibu beli, babah bayar. Fuhhhhh ... lega ...
Setelah dapat apa yang ibu mahu, kami pun balik ke rumah dengan hati yang gumbira ... kali ni zeti tak dapat apa-apa ...
0 ulasan:
Post a Comment