DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Wednesday, November 5, 2008

INTERVIEW DAH HABIS, DUGAAN DAH BERAKHIR

RABU (5/11/08)


Pagi ni ibu nak gi interview di SPA, kebetulan pulak malam tadi babah beritahu yang diapun kena pergi temuduga esok pagi. Baru tengahari tadi dia orang beritahu, apa lagi mengelabahlah babah mencari sijil-sijil dan maklumat yang lain. Kebetulan pulak bulan lepas ibu baru aja mengemaskini sijil-sijil lama babah dan ibu ke dalam clear folder, maka mudahlah juga mencarinya. Kemudian mencari pulak baju yang sesuai bersama tali leher, ok ada semuanya. Maka pagi tu ibu dan babah terpaksalah kena interview, tak tahulah siapa yang berjaya. Kami sebenarnya belum bersedia lagi nak ditemuduga ....


Beginilah suasana ditempat temuduga tu ..

Setelah menghantar zeti (tak sihat dia demam) ibu cepat-cepat ke Parcel C untuk mencari parking kereta. Almaklumlah di sana tu seperti juga di tempat ibu, susah nak dapat parking. Semasa melepasi pintu pagar, tergerak hati ibu untuk belok ke kiri dan alhamdulillah terjumpalah satu lot untuk ibu parking. Kemudian ibu bergegas jalan ke SPA, waktu tu dah hampir pukul 8.00 pagi. Setibanya di tkt 6, ramai dah orang yang duduk menunggu untuk diinterview termasuklah ibu. Pukul 9.00 pagi barulah bilik temuduga untuk ibu nombornya menyala maka bermulalah gelodak hati ibu menahan darah gemuruh menanti giliran. Tahu ajalah dah 20 tahun tak ditemuduga, aleh ... aleh nak ditemuduga maka tak terjawab ibu, pada hal semua soalan yang ditanya itu, hari-hari dah ibu buat dan lihat. Hai .... tak tahulah apa nak jadi dengan ibu ni ...


Calon yang ditemuduga ...

Habis aja ibu ditemuduga, mereka berpesan untuk ibu dapatkan sijil asal ibu tu ... Ibu mengia ajalah saranannya tu ... Ibu tak terus balik tapi ibu masih sempat lagi bersembang dengan mereka yang lain. Setelah agak reda, ibu pun minta untuk beredar balik mengambil zeti di tadika. Ibu kasihan kan zeti yang masih lagi demam ... Nampaknya hari tu ibu tak ke pejabat kerana dah dua hari zeti ikut ibu ke pejabat. Demamnya masih lagi tak reda dan malamnya pulak panas badannya terlalu tinggi hingga dia meracau-racau.


Malam tu sekembali babah dari office, dia pun bertanya ibu tentang hal interview tu dan ibu pun ceritalah apa yang ibu alami. Begitu juga dia, satu bilik dua calon sekali ditemuduga, tapi ibu satu bilik satu calon dan dua penemuduga. Walau bagaimanapun kami jadikan itu sebagai pengalaman yang indah sepanjang kerjaya kami.






0 ulasan: