Monday, November 10, 2008
ANGAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM HARI NI ...
KHAMIS (11/11/08)
Malam tadi ibu dapat sms dari angah, tapi ibu tak dapat menjawabnya kerana ibu tidur awal keletihan. Zetipun ibu tak tahu bila masa dia tidur tapi pagi tadi bila ibu tanya babah, kata babah masa dia balik zeti dah tidur dah .... Pukul 2.00 pagi ibu terjaga dan bergegas melihat sms telefon dan terlihatlah catatan angah "Salam... Mak doakn jaar tau.. Klo bley puasa erk.. K tata" begitulah tulisan dalam sms tu ... siap pesan minta ibu berpuasa. Oklah ... kalau jaar tak pesan pun ibu akan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya ... dan hari ni ibu berpuasa untuk mengiringi perjuangan angah. Ibu yakin angah boleh melakukannya! SEMUGA BERJAYA.
Beginilah keadaan anak-anak kita yang sedang bertungkus lumus menjalankan kewajibannya untuk kejayaan masa depan .... Ini pemandangan di dalam dewan tapi kata angah dia menduduki peperiksaan dalam kelas dia aja ... lupa lak ibu nak tanya berapa orang dalam satu kelas tu ....
Dicatat oleh OM & KAY FAMILY di Putrajaya 6:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment