DARI IBU UNTUK PEMINAT BLOG

Monday, December 14, 2009

KEMBALI SEMULA BERCERITA HAL ANAK-ANAKKU SAYANG

ISNIN (14/12/09)


Selamat berjumpa kembali ke alam bloger .... lama juga ibu tak jenguk rumah ni kan .... tapi hari ni tetiba aja ibu teringatkan kat rumah persingahan ibu ni ... Diam tak diam dah hampir 7 bulan ibu berada di KKM. Kini ibu dah mula menyesesuaikan diri dengan kerja-kerja seharian. Kebetulan pulak semua kerja-kerja yang ibu lakukan sekarang ni adalah kerja kegemaran ibu. Cuma yang ibu tak minat ialah mencari penel penemuduga .... nasib baik eo ibu ada sama-sama membantu mencarinya maka kuranglah rasa tertekan. Bagi lain-lain kerja insyakallah ibu akan cuba memperbaikinya lagi. Kalau boleh apa maklumat yang orang sekeliling mahukan dapat ibu berikan dengan mudah, cepat dan tepat .... Ibu kerja untuk mencari rezeki yang halal kenalah buat dengan ikhlas kerana Allah.

Begitu juga dengan angah, dah 7 bulan angah berada di KPTM dan telah pun tamat semester pertamanya dimana dua hari yang lepas keputusan peperiksaanya pun keluar. Alhamdulillah angah berjaya di semester pertamanya dengan keputusan yang agak baik walaupun tak sehebat rakannya yang berada di kampus UITM (mendapat anugerah dekan). Tahniah angah ... usaha lagi. Insyakallah semester kedua nanti renganlah beban kewangan ibu sebab angah dijangka akan dapat pinjaman MARA dan angah bercadang untuk tinggal di putrajaya dan tidak di asrama/rumah sewa. Esok, oh ya esok ... dijangka motosikal yang kami beli untuk kemudahan angah berulang alik dari rumah ke kampus boleh diambil. Angah dah tak sabar nak menunggang motosikalnya tu .... begitu juga dengan along dan uda teringin sama untuk menaikinya.

Untuk along pulak, kami akan belikan motosikal untuknya juga tapi along masih was-was lagi untuk menunggang di jalan raya. Tahun hadapan, kembalilah along ke dunianya di Segamat, dah 6 bulan dia berehat dan kini tibalah masanya untuk meneruskan perjuangannya yang masih tinggal beberapa semester lagi. Harapan ibu semuga along akan terus berusaha sehingga ke penghujungnya.

Tinggal beberapa minggu lagi UDA pulak akan mengetahui nasibnya sama ada kekal di Sekolah lama atau akan berhijrah ke Sekolah Vokesyenal. Keputusan peperiksaan PMRnya akan keluar tak lama lagi. Mudah-mudahan biarlah keputusannya itu memuaskan hati kami semua dan kami terima dengan hati yang reda kalaulah itu dah ketentuannya.

Begitu juga dengan Zeti (sidaraku) itu ... dengan tamatnya Disember maka berakhirlah zaman keanak-anakannya dan kini zeti dah mula melangkah ke alam kanak-kanak. Dari cakap-cakapnya kepada ibu nampaknya dia berbelah bagi sama ada untuk terus di TADIKA atau ke SEKOLAH. Katanya bila di sekolah nanti, kerja sekolah banyak nak dibuat dan lagi katanya dia akan kehilangan kawan tahun 5 dan bermacam-macam lagi alasan-alasannya untuk menghilangkan rasa takut kehilangan kawan. Mudah-mudahan rasa curiga dan was-was itu akan tamat apabila dia menjejakkan kakinya ke alam persekolahan yang sebenarnya nanti. Bila dibelikan baju sekolah barunya dia begitu teruja untuk memakainya dan setelah dicubanya dia merasa gembira sekali terutama bila pakai tudung.

Begitulah kisah anak-anaku sayang di sepanjang Disember ini dan mereka semua teruja untuk kembali ke arena masing-masing di tahun 2010. Semuga ALLAH senitasa merahmati, mempermudah dan memberkati segala usaha mereka sepanjang tahun 2009 begitu juga dengan kedatangan TAHUN 2010 membawah rahmat dan kebahagian buat mereka berempat (ANAK-ANAKU SAYANG).

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM DAN TAHUN BARU 2010 kepada semua para pembaca blog terutama blog ANAK-ANAKKU SAYANG .... Ibu sayang kamu semua ....

Friday, October 9, 2009

MINGGU RAYA DAN UBAHSUAI OFFICE

ISNIN - JUMAAT (5-9/10/09)

Sepanjang minggu ini adalah minggu rumah terbuka, sama ada di pejabat, rumah dan dimana-mana aja terdapat kemah di sana sini. Seperti juga di pejabat ibu ... sepanjang minggu ini mereka ashik makan ... makan dan makan aja. Semua tingkat bergilir-gilir membuat pejabat terbuka. Bergilir-gilirlah kami menghadiri ke jamuan mereka itu, tapi ketika itu ibu tak dapat sama meraikannya ... sepanjang minggu ini ibu terlalu letih dan kepala ibu tersangatlah sakitnya. Tak tahulah sama ada darah tinggi ibu naik ke ... malas nak ke kelinik cuma makan ubat tahan sakit aja.


Hari isnin yang lalu ada Jamuan Perpisahan dan Jamuan Raya dimana Unit ibu dengan dibantu oleh unit-unit lain telah bertungkus lumus membuat persiapan seperti biasalah ... hias sana, hias sini, atur meja dan berbagai-bagai lagi sehingga lupa ibu untuk balik ke rumah. Sedar-sedar aja dah jam 5.30 petang, huh .... dah terlewat 30 minit, kemana lah si zeti cikgunya tinggalkan ... Ibu nak balik ambil zeti tengahari, tapi malas nak keluar tunggu bas. Nanti terus tak balik ke pejabat ...


Tepat pada waktunya acara pun bermula .... barulah ibu dapat melihat sebahagian dari ketua-ketua di pejabat baru ibu ni .... Yang tak bestnya ruang untuk meraikan acara ini sungguh terhad tak dapat nak sama-sama duduk mendengar ucapan, last sekali barulah ramai yang datang nak makan ... almaklumkan duit dah di bayar, makan mesti nak makan .... Walau bagaimanapun apa-apa jamuan di akhirnya nanti mesti terdapat makan yang berlebih-lebihan. Tak salahkan mereka yang mengorder kan.... Kalau kita order sikit, nanti orang datang ramai, tapi bila order banyak berlambak-lambaklah makan tersadai ... walaupun dah ditapau ....

HARI SELASANYA PULAK .... Unit ibu mengadakan office terbuka dan juga jamuan perpisahan, selamat pengantin baru dan yang best sekali acara bertukar-tukar hadiah .... masing-masing dah tak sabar nak tengok apa hadiah yang bakal mereka terima. Semuanya last minit beli hadiah. Hentam aja apa yang nak di beli .... yang bestnya coklat pun ada ... Dan akhirnya makanpun berlebihan.... jadi apa lagi acara tapau menapau pun bermula sehingga makanan habis. Untuk itu ibu ucapankan Selamat Maju Jaya kepada EO Azian (eo ibu) yang akan bertukar ke JAKIM, Selamat Datang kepada EO Rohana dan juga Selamat Berbahagia untuk teman Ibu yang mungkin sekarang ni dah pun bergelar Puan Sharifah semuga kekal hingga ke akhir hayat dan di sini juga ibu ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Bertunang kepada seorang lagi teman sepejabat ibu ... LIN semuga bersabar menunggu saat bahagia di Hari Persandingan nanti. Kepada mereka berdua maaf jua ibu pinta kerana tidak dapat bersama meraikan hari bersejarah mereka itu. Dari jauh ibu pohon agar acara gilang gembilang mereka itu berjalan lancar hendaknya.

RABU DAN KHAMIS .... ibu keberantakan (kepala teramatlah sakitnya) sehingga semua kerja-kerja ibu terbengkalai. Sakit .... ditambah-tambah lagi dengan bunyi bising orang bertukang dan juga bau besi yang dipotong sungguh menyakitkan kepala ibu dan seperti biasa pukul 5.00 petang aja terus cabut lari balik. Tak tahannnnnnnnnnnnn .....

HARI JUMAAT PULAK .... dari pagi lagi kami semua bergotong royong mengubahsuai ruang pejabat. Yang bestnya ibu dah pun berpindah ke tempat tetap ibu. Sebelum ni ibu menumpang di tempat PAP selama tiga bulan (kasihan mereka dah lama tak dapat duduk ditempat sendiri). Setiap kali orang baru masuk, tempatnya jadi mangsa. Kasihan kan .... Acara gotong royong terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang sebab kami ada acara lain untuk diisi pada waktu rehat ... Oleh kerana tiada siapa lagi yang tinggal di pejabat maka ibu pun pergilah ke pejabat lama, kebetulan cik waheeda dah tiga kali call ibu tapi ibu tak jawab.

Akhirnya ibu gi juga lah ... rindu juga kepada mereka semua. Ingatkan nak minta Cik Waheeda jemput ibu tapi bila ibu tengok cuaca redup aja ibu jalanlah .... Sesampai di sana acara dah berakhir tapi makanan masih banyak lagi bolehlah ibu menjamu selera dan kebetulan perut dah lapar ... Bahagia rasa dapat jumpa dan berada di tempat kedatangan ibu ke alam pekerjaan. Ditempat itulah ibu mula kenal kawan, berkahwin, beranak pinak dan nasib baik tidak sempat untuk bercucu cicit. Bila di sana ibu seperti masih lagi bekerja di KPM dan bila balik ke KKM bertambahlah seronok lagi sebab dah dapat computer baru, meja baru dan semuanya baru. Mudah-mudahan ibu dapat kekal dan dapat berbakti kepada warga KKM (terutama di Program Perubatan). Mudah-mudahan mereka semua senang dengan kehadiran ibu.

Saturday, September 26, 2009

SERONOK DAPAT BALIK RAYA KE KAMPUNG IBU

JUMAAT (18/9/09)


Hari ni ibu dan zeti tak berminat lagi untuk gi kerja dan juga ke tadika, hati kami dah mula terlonjak nak balik kampung. Walaupun pada awal ramadan yang lalu kami dah pun balik, tapi raya tetap balik sebab tahun lepas kami behari raya di Ulu Yam. Kali ni raya reramai dengan adik beradik sebelah ibu pulak. Tapi kali ni abang long ibu tak beraya dengan kami. Walau bagaimanapun tak mengapa ... kali ini ibu dapat beraya dengan pak usu zeti. Dah lama kami tak beraya bersama. Setiap tahun bila raya aja dia balik kedah, tapi kali ni dia terpaksa balik Muar sebab ubahsuai rumahnya belum siap lagi. Kalau tidak kami tak berpeluang nak raya bersama, bila dia balik aja ke rumah nenek, ibu dahpun balik ke rumah ibu.

SABTU (19/9/09)

Hari Jumaat Babah masih kerja lagi ini bermaka kami akan balik pada petang sabtu. Pagi sabtu babah kena bawa kereta ke workshop sebab aircond dah rosak tapi bila babah balik, ibu pun tanya "dah baiki ke aircond kereta tu?" "Belum lagi .... mahal sangat ... mana nak cari duit, nak raya lagi" Akhirnya kami balik ke kampung tanpa ada aircond, tak apalah kan, janji dapat balik kampung. Kami bertolak pukul 3 petang dan babah ikut jalan lama, takut kalau jalan jem lagi. Ingatkan sempat berbuka di kampung tapi tersangkut di Air Keroh dan kami cuma berbuka dengan KFC dan minum air gas. Ehhh .... kembung perut ibu dibuatnya dan seperti yang dijangka perut ibu mula meragam. Akhirnya kami sampai juga ke kampung pada pukul 9.00 malam. Sesampai aja ibupun terus mencari nasi dan seronok dapat makan makanan kegemaran ibu (asam pedas ikan duri). Bila dah kenyang barulah ibu nampak ketupat nenek zeti dahpun bergantungan di atas para dapur. Terlepas ibu nak tolong nenek zeti rebus ketupat ... tapi selepas tu perut ibu kembali memulas lagi sehinggalah dipagi hari raya ....

Tuesday, September 15, 2009

IBU DAH ADA PEMBANTU

SABTU & AHAD

Minggu ni seperti biasa bangun awal dan mulalah alih itu dan alih ini. Hasilnya ibu lihat sama aja, melainkan kalau perabut lama tu diganti dengan yang baru .... barulah ada perubahan kan? Perabut dirumah ibu ni semuanya dah berusia ... ada yang dah hampir 18 tahun tapi masih ok lagi. Malas nak tukar yang baru sebab bila beli yang baru, yang lama masih elok tu nak di letak kat mana? Rumah ibu ni bukanlah besar sangat, nak hantar balik kampung ... susah tiada siapa nak uruskan. Akhirnya tak merasalah nak melawa dengan yang baru.... Cian ibu kan... Tak tahulah bila hendak ada perubahan.

Dulu bila ibu mula aja mengubah peralatan di rumah, zeti mulalah marah .... "apalah mama ni ... ashik aja alih itu, alih ini" tapi sekarang ni diapun sibuk sama nak cantikkan tempat dia bermain. Bila nampak aja cantik dimata dia, mulalah dia kata "cantik kan mama?". Yelah tu ... Kini bila waktu memasak aja ibu tak payah panggil along untuk tolong potong sayur ke ... masak nasi ke ... Semuanya zeti nak buat .... terutamanya bab basuh pinggan. Rajin betul dia basuh (yang penting dapat main air). Abang-abangnya pulak ambil kesempatan minta dia basuh pinggan. Hai ... tak tahulah bila besar nanti ... habis dibuli oleh abang-abangnya. Tapi yang ibu tak berkenan kat zeti ni ialah bila dia makan (coklat dsbnya) pembalutnya akan dibiarkan bertaburan. Ni ibu yang tak gemar ...



Walau bagaimanapun dia adalah seorang anak gadis sunti yang tak duduk diam .... tak pernah tidur siang. Itulah ceritanya sigadis sunti ibu tu ....

Monday, September 7, 2009

PERGI SHOPPING KE BINTANG, BANGI

Pagi Sabtu ibu bangun sahur seperti biasa tetapi selepas solat subuh ibu teringin nak tidur seperti mereka dan cuba untuk lena. Boleh juga tapi badan terasa sangatlah letih ... dan payah benar nak bangun. Patutlah anak-anak ibu kalau dia tidur tak bangun-bangun dan begitu juga yang disarankan supaya tidak boleh tidur terlalu sangat di siang hari di bulan ramadan ni

Selalunya selepas subuh ibu tak pun tidur sehinggalah tengahari, barulah hendak berehat dan tidur sebentar. Tapi pagi ni ibu dah bersiap-siap awal untuk mengajak babah ke Warta di Bangi. Sesampai kami di sana kedai-kedai masih belum banyak yang dibuka, begitu juga dengan kedai cermin mata yang kami nak pergi. Sementara menunggu kedai tersebut di buka kamipun berjalan-jalan melihat barang-barang yang terdapat di Pasaraya Bintang. Sambil membelek barang-barang di situ ternampak pulak songkok dan kain pelekat, maka ibupun membeli songkok untuk uda (kebetulan uda ada ikut sama) dan juga tiga helai kain pelikat untuk along, angah dan uda tapi terlupa untuk babah. Tapi babah dah dapat kain pelikat free dah ...

Selepas tu kami keluar untuk ke kedai lain dan kedai cermin mata yang hendak kami pergi tu baru aja buka kedainya dan kamilah orang pertama yang mengunjunginya. Along dan uda mulalah sibuk memeriksa matanya, sementara ibu, babah dan zeti sibuk membelek pelbagai jenis cermin mata di kedai tersebut. Along powernya taklah banyak tapi uda powernya banyak kata penjual tersebut. Uda dah lama komplen yang matanya tak boleh nampak benda yang jauh, tapi ibu ashik terlupa aja nak bawa dia ke kedai. Kebetulan dibulan puasa ni uda tiada aktiviti di waktu pagi maka dapatlah kami bawa mereka bersama. Setelah semuanya selesai kamipun membayar deposit dan esoknya dijangka cermin mata tersebut siap.

Kemudian kami ke kedai baju dan membeli dua helai seluar dan sehelai T-shirt untuk along (RM60.00 aja), zeti pulak minta carikan baju raya untuk dia. Cari punya cari dapatlah baju kurung sehelai dan baju gaun sehelai, kesemuanya berjumlah RM85.00. Uda dan along dah mula nak balik (tak larat katanya) tapi ibu, ayah dan zeti masih lagi bertenaga dan kamipun ke kedai barang-barang dapur. Hendak tak hendak mereka kena juga ikut ibu beli barang-barang dapur dan dalam keletihan tu ... sempat juga mereka membeli shampo dan lain-lain lagi barang keperluan harian mereka.

Setelah tu kami pun terus berangkat pulang dan sampai di rumah dah pukul 2.30 petang. Kira oklah tu .... rehat sekejap dan kemudian mula operasi di dapur. Sekarang ni kira oklah di dapur sebab assistant dah boleh diharap (si zeti). Pantang aja ibu didapur dia dah mula bertanya "mama dan masak apa?" Semuanya dia nak buat, jadi ibu suruh dia potong sayur (guna pisau potong kek) selebihnya dia akan ambil untuk buat main masak-masak.

Monday, August 31, 2009

BALIK KAMPUNG DAN HARI MERDEKA

Petang Jumaat yang lalu selepas berbuka kami sekeluarga berangkat ke Muar. Pada mulanya along diarah ikut sama tapi selepas aja berbuka dia tak jadi lak nak ikut. Nak teman angah katanya, tapi angah tak mahu. Ibu tak kisah cuma kasihan mereka nak berbuka dan bersahur nanti. Akhirnya babah, ibu, uda dan zeti aja yang balik, kami bertolak pukul 9.00 malam. Seronok juga balik malam-malam ni sebab jalan taklah sibuk sangat. Kami sampai kampung pukul 11.00 malam, ketika itu semua orang dah tidur dah ... Pukul 5.00 pagi barulah nenek zeti kejutkan kami untuk makan sahur.

Esoknya Sabtu, pepagai lagi babah dan ibu dah ke pasar (lama tak gi pasar muar). Apabila sampai di sana tengok ikan pelbagai jenis, rasanya semua hendak dibeli. Akhirnya kami beli ikan sedadu (asam pedas), ayam (goreng KFC), daging (cadang nak masak kicap untuk berbuka tapi tak jadi dan bercadang untuk berbuka esoknya), sayur kobis, mee (nak buat mee bandung tapi tak sempat dah nak balik dah) dll. Biasalah kami kalau balik kampung mesti ke pasar.

Sesampai di rumah kami ke kebun dan terlihatlah ada saki baki buah rambutan dan juga duku. Tapi sebelum dapat mengambilnya kami kenalah bertarung dengan si kerengga dahulu. Kasihan kan dah lah dapat saki baki, kemudian kenalah berjuang (berjuang sampai mati) nak makan rambutan dan duku. Kemudian terpandang pulak ubi kayu (nak makan dengan sambal tumis tapi setelah masak ubinya pahit dan esoknya nenek zeti buat kuih keria). Uda pulak sesampai aja di kampung dia cuma tidur dan duduk menghadap tv aja tak ke mana-mana. Kasihan dia tiada kawan.




Petangnya kami ajak anak buah ke pasar ramadan untuk beli air serta kuih muih. Seronok bila sampai waktu berbuka kami pun makan bersama-sama nenek zeti. Begitulah hari seterusnya tapi kami cuma sempat bersahur bersama sebab babah ajak balik selepas asar. Sebelum tu kami sempat ke pasar raya di Muar (anak buah ajak beli peralatan sekolah). Sesampai di rumah dah pun pukul 4.30 ptg. Kemas barang-barang dan tak sempatlah nak buat mee bandung muar (mokda aja yang buat untuk mereka). Zeti pulak tak mahu balik dan suruh tunggu lagi (dia nak main lagi dengan kakak). Nenek zeti sempat bekalkan kuih keria ubi kayu, acara timun dengan cili hijau serta cili merah (teringin nak makan acar buatan nenek zeti), daging masak kicap, urap pengaga dan mokda pulak bekalkan kuih koci labu serta lepat pisang. Banyak juga judah berbuka puasa kami di perjalanan nanti.



Akhirnya kami bertolak balik pukul 6.00 petang dan kenderaan ketika ini taklah sibuk sangat dan kami sampai di Seremban pukul 7.00 malam. Ketika itu barulah ibu teringatkan adik ibu yang berada di Taman Seremban Jaya dan kamipun buat keputusan tumpang berbuka di rumahnya. Sesampai aja kami di rumahnya waktu berbuka dah hampir dan ibu lihat rumahnya bertaburan barang-barang dan adik ipar ibu tengah mengoreng cucur udang. Ibupun cepat keluarkan bekalan ibu tadi dan kamipun makan bersama-sama dalama suasana tak terurus (almaklumlah semua ini tak dirancang) kebetulan pulak mereka sedang mengubah suai rumah. Selepas solat kami tak tunggu makan (kasihan tengok mereka tengah sibuk) dan kembali meneruskan perjalanan pulang. Ibu pulak tak sihat (sakit kepala) ketika itu, mungkin darah tinggi ibu naik sebab dah dua hari tak makan ubat (terlupa bawa). Sesampai aja di rumah ibu siapkan apa yang ada dan terus tidur untuk menghilangkan sakit kepala.


Pagi waktu sahur barulah kepala ibu kembali lega (setelah makan ubat) dan mulalah ibu buat apa yang ada untuk sahur dan kemudian selepas subuh terus mengemas rumah yang berselerakan dengan baju-baju yang dah dicuci tak berlipat dan baju-baju yang dalam bakul masih tak berbasuh lagi. Bagi along dan angah, mereka seronok tinggal di rumah sebab Along jadi tukang masak.





ISNIN (31/8/09)

Hari ini adalah Hari Kemerdekaan negara kita. Semasa ibu di pejabat lama kami ada buat Galeri Merdeka di Bahagian tersebut. Kami bersama-sama memasang bendera Malaysia di setiap penjuru bilik. Seronok sambuat merdeka di Maritim tapi di UPK biasa aja (tiada ruang untuk kami mereka cipta) mungkin sebab itu mereka tidak berminat dengan bendera Malaysia. Pagi ni babah ke pasar dan ibu pulak biasalah mengemas rumah dan terus memasak. Oleh kerana awal lagi ibu cuma masak satu lauk aja dan selebihnya ibu sediakan bahan-bahannya sebab tak larat nak masak dan tertidur.


Selamat Menyambut Hari Merdeka

Tetiba terdengar deringan telefon dan along memanggil babah. Lah apalah halnya pulak tu ... Babah beritahu ibu yang adik iparnya (sebelum ni dah baik dari sakitnya) meninggal. Dia meninggal di hospital swasta di Selayang tenghari tadi. Babah minta ibu masak dahulu sementara menanti keputusan sama ada mereka hendak kebumikan di NS (kemahuan keluarganya) atau Ulu Yam (kemahuan isterinya).

Tunggu punya tunggu akhirnya mereka kebumikan di Ulu Yam dan babah kenalah balik kampungnya untuk bersama-sama menguruskan jenazah tersebut. Ibu tak dapatlah nak pergi sama sebab babah bermalam di sana. Malamnya ibu dapat panggilan dari babah yang mengatakan jenazahnya selamat dikebumikan selepas magrib tadi dan babah akan bermalam di sana untuk sama-sama menguruskan hal yang lain-lain. Kasihan isteri dan anak-anaknya kan, terutama di pagi raya nanti ... Semuga mereka tabah menghadapi segala dugaan tersebut di bulan yang mulia ini. Dah lama juga adik ipar babah sakit (kencing manis), selalu keluar masuk hospital dan telah dibenarkan pencen awal. Sebelum ni dia bekerja di ATM, sempat juga dia merasa duduk di rumah barunya di Country Home, Rawang.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”


Nampaknya raya tahun ni tak dapatlah kami beraya bersama-sama lagi seperti tahun lepas .... kita sama-sama memasak, makan dan ziarah menziarahi bersama-sama. Cuma Alfatihan aja yang dapat kami sedekahkan untuk arwah ... semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman... amin ....

Thursday, August 27, 2009

BABAH HANTAR IBU HARI NI ....

JUMAAT (28/8/2009)

Pagi ni kenalah ibu gi kerja lewat sebab di luar sana hujan lebat .... Lainlah kalau dulu ibu boleh pergi sendiri, ada kenderaanlah katakan. Nampak gaya babah kenalah bawa kereta hari ni sebab semalam dia dah basah kuyup dan tak sempat pun nak beli juadah berbuka.


Memandangkan babah bawa kereta, bolehlah ibu tumpang babah. Zeti pulak kenalah cuti sebab abang-abangnya ada dirumah bolehlah dia tolong tengokkan zeti. Malam ni pulak kami bercadang nak balik kampung, kasihan pulak angah kena tinggal di rumah tak dapat ikut balik sebab petang Sabtu dia ada ujian lagi.


Pepagi tadi dia sms kat ibu nak balik petang ni dan kemudian dia nak pinjam motosikal babah. Nampaknya panjanglah langkahnya nanti ....

ANGAH BAWA KAWAN BERBUKA DI RUMAH

RABU (26/8/09)

Hari ni cuaca tak berapa elok, petang aja mula nak hujan dan tetiba angah sms nak bawa kawan balik berbuka. Hari ni kekawannya yang lain semuanya berbuka di luar. Lahhhh ... macam mana ni, ibu tak beli apa-apa pun untuk berbuka petang ni, ingatkan nak masak. Ibu cuba sms babah minta dia belikan sedikit lauk tapi tiada respon dan kemudian barulah babah telefon yang dia mungkin tak sempat sampai rumah sebab ditempatnya hujan lebat. Dia minta ibu suruh angah beli apa yang perlu. Ok juga sebab angah boleh pergi ke pasar ramadan. Ibu pun minta angah belikan air dan juga mee, sementara tu ibu ada juga membeli soup tulang.

Angah dan zeti di Taman
Cuaca masih lagi tidak elok tapi ibu kena juga balik cepat untuk siapkan apa yang patut. Pada petang begini selalunya mereka (teman di pejabat) buat overtime tapi sepanjang ramadan ni tak siapa pun ingin buat overtime. Takut sampai rumah lambat dan kena berbuka didalam kereta, begitu juga ibu sejak 3 bulan bertugas di tempat ni masih belum pun buat overtime lagi. Tapi kalau perlu ibu kena juga buat overtime.


Berlawan-lawan dia berposing

Bas pulak lambat hari ni ... sesampai aja di Tadika, zeti dah pun berada di rumah cikgunya. Sebelum ni mereka dah beritahu minta ambil anak-anak sebelum pukul 6 petang. Maklumlah mereka juga nak bersiap-siap untuk berbuka kan ... dan ketika itu cikgu2 sedang masak soup tulang. Wahhhhh ... pandai juga cikgu2 ni memasak ...


Zeti dan bunga

Semasa ibu sampai rumah, angah dan kawannya belum sampai lagi dan ibupun mula siapkan apa yang perlu dan masak yang simple aja. Dan kemudian angahpun sampai dengan membawa air serta mee yang ibu pesan tadi. Sepuluh minit lagi nak berbuka, tetiba muncul pulak babah dengan makan yang dibelinya. Sempat juga dia membeli walaupun bajunya dah lencun dek kena hujan ... kasihan babah kan ... Akhirnya kamipun berbuka puasa bersama tetamu pertama kami dengan hidangan penuh di meja (4 kerusi). Tak muatlah ....

Lepas solat dan makan, angah dan kawannya pun berangkat ke kolej walaupun ketika itu hujan renyai masih turun ..... Dan setengah jam kemudian along pun sampai dari Segamat. Tugasannya di Segamat dah selesai. Kenalah tunggu tahun depan barulah tamat pengajiannya, itupun kalau dia tak buat hal lagi. Along, along ..... Tak boleh nak kata apa lagi dah ....

Tuesday, August 25, 2009

TERTINGGAL KUNCI RUMAH

SELASA (25/9/09)

Apalah ibu ni .... baru hari keempat berpuasa dia dah mula lalok ... hinggakan beg duit pun tertinggal di pejabat. Nasib baik opis tu kecil, kalau besar dan orang sentiasa bekerja 24 jam dah tentu hilang hentah ke mana, lebih-lebih lagi laci pulak tak berkunci.

Semasa balik dari kerja semalam kira ok ajalah. Seperti biasa ambil zeti dan kemudian terus balik ke rumah. Disepanjang jalan si zeti ni ashik berceloteh aja .... sebab hari ni dia dapat makan tengahari (tak puasalah tu...). Sesampai aja di rumah, terus ibu menyeluk beg besar yang berisi lauk pauk ibu tetapi benda yang dicari tak jumpa. Lah .... "beg duit ibu tertinggalah zeti". Apa lagi mulalah si dara tu memarahi ibu, nak tahu apa katanya "apalah ibu ni ashik lupa aja...". Dah lah tadi semasa melintas jalan, ibu tertinggal dibelakang dia dan tetiba motosikal meluncur laju di belakang ibu dan zeti pun berkata "nasib baik ibu tak mati kena langgar motor tadi..., kalau ibu mati nanti zeti tak ada kawanlah..." Ibupun cepat-cepat memotong cakap zeti, "Hissss .... zeti ni tak baik cakap macam tu tau ..., nanti ibu mati betul-betul baru tau..." Apalah anak dara aku ni ... cakap macam itu pada ibunya.

Nampak gayanya kenalah ibu tunggu uda atau babah balik baru dapat masuk rumah. Tapi babah balik lambat, dah nak berbuka baru dia sampai. Akhirnya ibu teringat di bawah ada public phone dan kebetulan nombor telefon uda ada ibu catit dalam dairy maka ibupun ajak zeti turun ke bawah dan menalipon uda. Ok... lega rasanya kerana uda ada bawa telefonnya dan minta uda balik bukak pintu. Fuhhhh ... selamat hari ni, kalau tidak berbukalah kami di luar tu ...

Sempat juga ibu masak sayur dan panas-panaskan makanan yang ibu beli tadi .... babah pulak beli ayam percik kegemaran uda.

Monday, August 24, 2009

DAH EMPAT HARI BERPUASA

RABU (25/8/09)


Diam tak diam dah masuk 4 hari kita berpuasa kan .... Masa hari pertama tu kami sekeluarga tak dapatlah nak bersahur sama sebab angah tak balik hari Jumaat tu ... katanya tiada kenderaan nak balik. Maka hari tu kami berempat ajalah yang dapat bersahur sama. Seronok kan dapat duduk semeja dengan semua ahli keluarga. Kami ni semua kalau hari biasa jarang makan bersama-sama sebab mereka semua selalu ada hal masing-masing kalau semua ada, babah pulak tiada.



Tapi sebulan ni ibu harap mereka semua adalah hendaknya ... tapi tak juga sebab angah cuma balik rumah hari Jumaat, Sabtu dan Ahad aja. Hari itu ajalah yang dah pasti kami sekeluarga dapat berkumpul masa bersahur dan berbuka. Seronok kan dapat sama-sama berebut lauk dan kuih muih untuk dimakan. 15 tahun yang lalu, mereka masih kecil seperti si zeti tu ... Bila pertengahan usia mereka meja makan 6 orang nampak kecil aja tapi kini ibu cuma gunakan meja makan 4 orang aja ... mereka semua dah besar jadi meja kecil lagi nampak kecil dan bertambah erat silatulrahim kami semua. Tak sangka dah besar-besar anak ibu ...

Cuma zeti aja jadi teman untuk kami bergurau/menyakat (ashik berkelahi dengan uda dan angah tapi takut nak bergurau dengan along). Kata zeti along garang .... Nampaknya sehingga hari ni zeti tak puasa lagi (susah nak kejut makan sahur). Bila bangun pagi aja dia bersahur sebab di sekolah nanti tak boleh makan dan kenalah tunggu sampai petang. Hari isnin yang lalu balik aja dari sekolah dia dah keletihan tak makan (kena berlatih menari lagi sehingga tiga kali). Sampai aja rumah terus cari makanan .... lapar .... lapar .... katanya. Nanti tahun depan (darjah 1) kenalah juga suruh dia berpuasa.


Ibu pulak hari keempat nilah baru rasa selesa tak seperti hari pertama hingga ke tiga, perut ashik masuk angin, agaknya dah kohor-kohor ni kot .... lambat nak sesuaikan diri.

Thursday, August 20, 2009

ESOK DAH PUASA

JUMAAT (21/8/09)
Dah dua hari ni, babah hantar ibu dan zeti ke tadika dan pejabat ibu. Bestnya kalalu hari-hari babah boleh hantar kami. Sebenarnya babah hari semalam dan hari ni tak kerja, dia kena baiki kereta yang dah lama tak dibaikinya. Kebetulan dia teringin nak tukar kereta lain, sebab tu sebelum boleh ditrade in kenalah repair dulu mana yang tak elok, barulah tinggi harga trade innya. Ingatkan keretanya siap dalam dua hari tapi petang semalam selepas ambil ibu, tokeh kedai telefon boleh ambil kereta. Tak sangka pulak satu hari dah siap, ok juga tu ... Kata tokeh tersebut parking tak ada kenalah ambil hari tu juga.... Untuk memudahkan babah mengambil keretanya, dia meminta along ikut bersama naik motor ke tempat kereta dibaiki dan kemudian minta along bawa moto balik dan babah naik kereta. Nasib baiklah along dah boleh bawa motor cuma tiada lesen aja.

Inilah sebahagian dari teman-teman baru ibu dan gambar ini diambil semasa perpisahan salah seorang daripada mereka.

Sebenarnya pada hari Khamis dia dah pergi test undang-undang untuk dapatkan lesen P tapi setelah ditest tak lulus pulak, 3 soalan dia jawab salah. Ingatkan soalan mengenai warna tapi soalan lain pulak yang tak ok ...

Wednesday, August 19, 2009

JAMUAN SAMBUT RAMADAN

KHAMIS (20/8/09)

Nampak gaya di tempat baru ni juga seperti di tempat lama suka buat makan-makan ... Almaklumlah semuanya pempuan ... kalau pempuan semua, mesti suka makan-makan, betul tak? Di sini eo rajin masak dan dialah yang bersusah payah bawa makanan tapi ibu cuma tolong habiskan makanan aja ... orang dah patah kaki (tiada kenderaan) susah nak gendong-gendong barang-barang, nanti terburrai dalam bas siapa nak tolong? Akak juga ....


Sedapnya .... nak? Jom datang opis ....


Ni kalau makan waktu berbuka tentu tak boleh bangun ...

Pepagi lagi mereka dah masak, ingatkan lama lagi menunggu mereka masak (ibupun pegi beli dan makan dulu ...) ibu tolonglah juga mereka memasak dan kemudian makan cuma sikit aja sebab dah kenyang .....


Sebelum ni pejabat lama juga ada mempelawa ibu ke jamuan makan mereka, tapi ibu tak larat nak jalan, panas lagipun orang yang rajin hantar ibu balik ke pejabat tak datang hari tu .... Maka ibu ucapkan terima kasih kepada teman di opis lama kerana masih sudi dan ingat pada akak ni .... Insyakallah raya nanti ibu datang berhariraya.

Oklah sempena dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak ni, ibu sekeluarga nak ucapkan SELAMAT BERPUASA dan jangan lupa paginya bangun sahur dan malamnya pulak sembahyang teraweh ok ....

Monday, August 17, 2009

DALAM TAK SIHAT KENA GI PERIKSA LAK ...

11 OGOS 2009

Hari ni ibu kena gi periksa untuk pengesahan jawatan ... Tak dapat nak baca buku pun sebab ashik melayan zeti yang tak sihat tu ... Babah pulak kena gi KL kerana ada seminar di sana ... Katanya nak bawa kereta. Masalahnya sekarang kereta ibu dah tiada, macam manalah nak gi periksa. Nasib baik tempat periksa tu tak jauh cuma di peresint 3 (Perbadanan Putrajaya) aja. Mengenangkan masalah tersebut akhirnya babah tak jadi bawa kereta, maka bolehlah ibu paksakan diri bawa kereta dia. Dan pagi ni dengan penuh keyakinan walaupun badan tak sihat, ashik bersin dan batuk-batuk, ibupun bawalah kereta ke presint 3. Pukul 7.00 pagi lagi ibu dah sampai dan ibu cuma berdiam diri dalam kereta aja sebab ketika itu keadaan sunyi aja. Zeti pulak ibu tinggalkan dengan along lagi (kebetulan along tak balik ke Segamat). Pukul 8.00 pagi barulah ibu ke bangunan perbadanan putrajaya. Sebenarnya peperiksaan tu bermula pukul 9.30 pagi tapi oleh kerana ibu dah terkeliru maka ibu ingatkan pukul 8.30 pagi. Walau bagaimanapun ibu dahpun selamat sampai ke dewan peperiksaan dan telah pun menduduki peperiksaan dalam keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan. Tiba aja kertas kedua ibu dah tak larat lagi nak buka mata dan tenyeh ajalah jawapannya. Kebetulah pulak ia soalan objektif, kalau subjektif tadi dah lama ibu pengesan .....

Monday, August 10, 2009

KAMI SEKELUARGA TAK SIHAT

10 Ogos 2009

Minggu pertama dan kedua bulan ogos adalah minggu yang tidak selesa bagi ibu sekeluarga dimana uda dah kena selsema, kemudian berjangkit pada angah dan selepas itu hari ni zeti pulak demam. Terpaksalah ibu bawa dia ke pejabat kerana tiada siapa nak menjaganya di rumah. Tapi semalam ibu tinggalkan dia dengan along kerana kebetulan along ada di rumah dan zeti pun tak kisah ibu tinggalkan dia. Kenalah ibu selalu telefon rumah bertanyakan khabar zeti melalui along dan sesekali dia yang angkat telefon. Hari ni dia seronok dapat ikut ibu ke pejabat, naik bas lak tu. Dipejabatpun ramai teman ibu yang dah kena selsema termasuklah keluarga mereka. Bimbang ibu dibuatnya, lebih-lebih lagi sekarang ni penyakit H1N1 sedang melanda. Mudah-mudahan keluarga kami dijauhi dari segala penyakit yang tak diingini itu ...

Sunday, August 2, 2009

PENAGALAMAN NAIK BAS

AHAD (2 Ogos 2009)

Dah seminggu ibu berulang alik ke pejabat dengan menaiki bas. Pelbagai kisah yang telah alami terutama tersalah naik bas, ini bermakna dah dua kali ibu terlambat ambil zeti. Ini terjadi pada hari Khamis yang lalu dimana ibu terlambat sedikit dari waktu yang selalu ibu naik bas. Oleh kerana dah terlambat dan bas mula berkurangan, maka ibu pun terus naik bas yang ibu yakin akan ke tempat ibu tapi sesampai aja simpang yang selalui ibu lalui terus membelok dan ibupun buat muka selamba aja, agaknya bas tersebut nak pusing balik ambil yang lain-lain lagi tapi sangkaan ibu meleset. Bas tersebut terus menuju ke destinasi yang ibu tak biasa pergi. Ketika itu ramai orang yang berada di dalam bas tersebut tapi setelah masing-masing sampai ke destinasi mereka yang tinggal cuma beberapa orang aja dan bas pun terus bergerak. Ibu rasa lega kembali tapi tetiba aja stelah sampaii di satu tempat pemandu bas tersebut bertanya kepa kami kemana nak pergi. Kamipun maklumkan tempat tersebut. Dengan suara yang bengang pemandupun berkata yang dia tak ke tempat tersebut. Kenapalah tadi apabila kami tanya dia kata ya ... tapi bila dah penghujung jalan kata tidak pulak. Nasib baiklah ketika itu ada sebuah lagi bas berselisih dengan bas tersebut dan pemandu bas yang ibu naik tadi minta kami naik bas yang tersebut. Dengan itu terlambat lagi ibu mengambil zeti.

Saturday, July 25, 2009

KERETAKU DAH MERAJUK

AHAD (25/7/09)

Sehingga hari ni (Ahad) bermakna dua minggu sudah kita melewati bulan Julai. Disepanjang bulan julai ini dah dua kali kereta kesayangan ibu buat hal. Dipenghujung bulan Jun yang lalu ibu dan zeti terpaksa meredah sungai dan denai untuk menjejakkan kaki kami ke destinasi masing-masing. Apa taknya terpaksa menyeberangi sungai (jalan raya dah ...) meredah denai (short cut) untuk menghantar zeti ke tadika dan ibu pulak terpaksalah berdiri dicelah-celah lelalang (orang ramai) panjang diperut bas yang panjang tapi pendek. Akhirnya sampailah kami ke destinasi masing-masing.tepat pada waktunya. Itulah yang kami lalui sepanjang minggu tersebut. Dipenghujung minggu barulah babah dapat melihat apa masalah yang telah dialami oleh kereta yang telah berkhidmat dengan ibu selama 6 tahun, seusia zeti.

Alhamdulillah setelah dibaiki maka minggu seterusnya dapatlah ibu dan zeti ke destinasi kami tanpa melalui halangan-halangan tersebut. Tapi pertengahan minggu ini dia buat hal lagi, angaknya dia merajuk kot ... bila terdengar ibu dan zeti ada berkata-kata yang zeti nak naik kereta baru. Alahai kesihan dia kan ... sebenarnya memanglah ibu dan zeti ada hasrat nak berkereta baru .... tapi taklah sampai nak melupakannya (kereta tersebut). Tapi kalau dia ashik buat hal aja .... nampak gaya kenalah "let go to the zoo ....."

Maka pada hari Khamis yang lalu kereta tersebut bermasalah lagi (dah lah hari tu zeti lambat) kereta pulak semput tapi dengan adanya babah ketika itu, kereta tersebut pulih kembali dan kami pun bertolak ke tempat kami dengan senang hati tapi nasib tak baik, punch kad ibu merah hari tu .... Masih oklah lagi sebab baru satu merah. Keesokkan harinya kereta tu ok sekerat jalan aja dan tetiba aja dia mati (dilaluan sibuk lak tu ...). Hai, tak boleh jadi ni ... zeti dah mula ajak ibu keluar dan di belakang dah banyak kereta berbaris dan ada dah mula bunyikan hon. Dengan muka selamba aja, ibupun keluar dan terus menolak kereta ke tepi jalan dan kebetulan terdapat parking kosong di situ. Tak bergerak pulak tu .... tapi dengan bantuan mereka (orang ramai) kereta tersebut dapatlah di letakkan ke tempat parking dan ibu dengan zeti tak pandang kiri kanan lagi, terus ambil beg dan berjalan laju ke tadika zeti. Selamatlah ibu hari tu .... punch kad pun alhamdulillah tak merah.

Petangnya pulak, selepas ambil zeti ibu pun terus ke kereta untuk melihat apakah dia masih merajuk lagi tapi alangkah terkejutnya ibu kerana kereta tersebut tak berkunci, yang dikunci cuma pintu kiri hadapan aja ..... Ish ish ish ..... ibu ni cuai betul kan .... nasib baik ibu guna kunci setering. Bila dicuba hidupkan injin, tak mahu juga, nampak gaya dia dah merajuk terus. Tak apalah kalau dia nak merajuk, ibu cari baru kan ..... Maka tersadailah dia di tempat tersebut sehingga semalam (Ahad), barulah kami dapat membawanya ke tempat kami. Itupun setelah bersusah payah ibu dan babah menolaknya. Kesihan babah termengah-mengah dia menolak dimana ibupun turut sama menolak dan akhirnya sampai juga ke destinasinya. Kata babah dia dah minta kawannya datang untuk mengambil kereta tersebut. Nampak gaya tak dapatlah nak dapat RM5,000 sebab kereta tu dah tak mahu jalan dan kenalah ditolak aja kereta tersebut.

Bila ibu lihat kereta tu .... sayang rasanya nak dilepaskan. Sebenarnya dia tak bermasalah cuma ibu aja yang tak pandai jaga dia ... biar aja dia tanpa selalu diservis. Niat dihati nak uruskannya minggu ni tapi dia dah buat hal .... agaknya tak larat lagi nak menunggu ibu uruskannya. Ibu bukannya tak mahu nak uruskannnya cuma ongkosnya masih kekurangan. Almaklumlah baru uruskan angah ke KPTM dan along pulak baru mula kembali ke kolejnya. Gaji ibu pun masih lagi ditahap lama maka tak dapatlah nak uruskannya ..... Walau bagaimanapun terima kasihlah sebanyak yang ada kepada kereta tersebut, sebab sepanjang khidmatnya kepada ibu cuma sekali dua aja dia buat hal. Tapi dah tersurat dia akan pergi jua .... seperti juga ibu kan .... Walaubagaimanapun ibu reda pemergiannya itu ... Nampak gaya minggu ni kenalah naik bas lagi. Sebenarnya seronok gi kerja naik bas ni ...., tapi yang tak seronoknya bila balik ... susah nak dapat bas. Mudah-mudahan minggu ni minggu yang ceria buat ibu ....

Wednesday, July 1, 2009

SEMINGGU DAN SEBULAN DAH BERLALU

RABU (1/7/2009)

Alhamdulillah, semuanya telah berlalu ... Ibu dah sebulan berada di KKM dan angah pulak dah seminggu berada di KPTM. Nampaknya tahun ini adalah tahun penghijrahan bagi kami sekeluarga. Walau pun pada mulanya begitu payah untuk menerima kenyataan ini tapi berkat doa kawan-kawan dan keyakinan ibu maka dapat juga ibu mengharungi segala dugaan dan halangan sepanjang perjalanan itu. Kini kami sedang melalui fasa penyesuaian di tempat baru.

Kini ibu dah mula menguruskan kerja-kerja rasmi sebagai kerani seperti membuat memo pendek, memfotostat salinan, masukkan memo atau surat ke dalam fail dan akhir sekali mengedarkan kepada semua bahagian dan cawangan di program perubatan. Oleh kerana sebelum ni ibu dah biasa dengan fotostat, binding, edarkan surat maka semuanya itu dapat ibu lakukan seperti apa yang diminta oleh EO ibu. Baru-baru ini ibu diminta untuk turut sama EO pergi menghadiri mesyuarat (mengenai pengurusan pejabat) penyelenggaran pejabat. Dulu cc Rus selalu diminta telefon Stageno bila elektrik tiada, telefon maintenan bila tandas rosak dan sebagainya tapi kini ibu pulak ditugaskan menguruskan perkara tersebut. Nak tak nak kena juga menggunakan telefon untuk berhubung dengan mereka tersebut seperti CC Ruslaini selalu lakukan.



Cuma satu ibu masih lagi susah hendak mengingatkan nama-nama staf di Unit Pentadbiran & Kewangan (UPK) ibu tu ... Bukannya apa nama-nama mereka di panggil (orang ini panggil si anu tu lain dan orang lain pulak panggil si anu tu iaitu orang yang sama lain pulak namanya keliru dibuatnya dan terpingga-pingga bila diajukan nama-nama tersebut. Tapi nama ibu masih kekal dipanggil KAK KAY melainkan EO dia panggil nama penuh ibu dan ibu selalu salah dengar nama ibu dipanggil sebab ada seorang lagi staf yang namanya serupa dengan nama ibu iaitu QAMARINA dan dipanggi Q oleh staf tapi EO panggil dia Qamarina. EO ibu jarang guna telefon bila hendak berurusan dengan stafnya, dari dalam bilik dia akan jerit nama-nama yang diperlukan dan kami semua terpaksalah menyahut panggilannya.



Lainlah kalau di MOT, nama-nama mereka semua senang diingat ..... Walau pun ibu dah lama tak ke sana tapi warga maritim masih dalam ingatan ibu dan bila ingin melepaskan rindu, ibu selalu pandang ke luar tingkap dan dengan jelasnya terpampar nama MOT di atas bangunan Blok D5. Sebelum ni nama tu tiada lagi di situ tapi sejak ibu dah berpindah ni ... macam-macamlah mereka letak, terutama di bhg. maritim, dulu masa ibu ada tiada tv besar tapi bila ibu melangkah aja pergi ..... maka terpamparlah tv besar ada video dan astro lagi ... Eeee ... geramnya ...

Wednesday, June 24, 2009

ANGAH DALAM MINGGU ORENTASI DI KPTM BANGI

RABU (24/6/09)

Hari ni ibu tak kerja sebab nak hantar angah ke KPTM di Bangi. Punyalah banyak brosuer kolej dan pusat pengajian tinggi yang datang ke rumah dan punyalah banyak ibu mendaftar secara online ke semua pusat pengajian tinggi akhirnya Bangi juga yang dipilih oleh angah. Sebab utamanya ialah tempatnya berhampiran putrajaya, mudah untuk berulang alik bila hari minggu (lagi pun dia bercadang nak bawa motosikal ke kolej nanti). Sebenarnya dia mendapat tawaran dari KPM (Kolej Profesional Mara di Melaka, UNICOP di Gombak & Politeknik Sultan Azlan Shah di Perak) tapi semuanya ditolaknya, akhirnya dia ke Bangi.




Kami bertolak dari Putrajaya pukul 8.45 pagi dan sampai di sana pukul 9.10 pagi. Orang dah mula ramai beratur. Ibu tak dibenarkan turut sama mendaftar dan tinggallah angah menguruskan halnya sambil ibu memantau dari jauh aja. Nasib baik semua maklumat-maklumat yang diperlukan telah ibu siapkan awal-awal lagi dan mudahlah bagi angah berurusan semasa mendaftar. Walau bagaimanapun ada sedikit perkara yang tak dapat angah urusakan dan terpaksalah ibu datang membantunya. Itulah ashik ingat tentang baju cantik, seluar cantik hingga hal-hal pendaftaran tak dihiraukannya. Akhirnya pukul 11.00 pagi angah siap mendaftar dan kamipun ke dewan untuk mendengar taklimat dari Pengetua KPTM. Elok juga dia terangkan segala-galanya dari hal pengajian hinggalah hal pinjaman MARA dan PTPN.






Kemudian pukul 12.15 tengahari kamipun bertolak ke asrama untuk mendaftar dan mengemas bilik asrama. Oleh kerana kami datang awal maka dapatlah angah memilih katil dan almari yang elok dan mereka yang lain dapat katil double daker. Satu bilik ditempatkan 3 orang disertakan juga 3 buah almari dan meja tulis (oklah tempatnya) tapi bilik air terpaksa berkongsi dengan penghuni di bilik sebelah. Kata angah berebut juga bilik air ...





Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan baik dan esok bermulalah angah dengan minggu orentasinya. Walau bagaimanapun keesokkan harinya angah menalipon minta bawa kasut sukan dan seluar sukan. Itulah angah ashik fikirkan baju yang hendak dipakai masa belajar nanti hingga terlupa yang kasut sukan tak dibawa nya. Yang jadi mangsa ibu dan ayah juga ..... kenalah menghantarnya pada malamnya (pukul 10.00 hingga 11.30 mlm kami menunggunya habis orentasi). Nasib baiklah tempat belajar dan rumah tak jauh, kalau di Melaka ... nampaknya gi sendirilah cari ... Itulah angah yang suka melaram hingga terlupa yang lain-lain.

Thursday, June 18, 2009

CUBA MENYESESUAIKAN DIRI

KHAMIS (18/6/09)

Diam tak diam dah 3 minggu ibu di KKM, minggu pertama kami jadi seperti perlarian. Sekejap di suruh ke sana, sekejap di suruh kesini dan akhirnya Jumaat (5/6/09) kami pun dipanggil untuk diberikan penempatan masing-masing. Dengan rasa berdebar-debar kamipun melangkah ke tingkat 7 (sumber mansusia) untuk mendapatkan surat penempatan. Nampaknya masing-masing gembira kerana telah tahu dimana mereka ditempatkan cuma mereka menunggu kalau-kalau ada yang sama tempat. Ibu serta 9 orang lagi telah ditempat di Bahagian Perubatan dan kami pun melapor diri di Unit Pentadbiran & Kewangan. Ingatkan kami semua ditempatkan di situ tapi di bahagi-bahagikan lagi ke cawangan-cawangan yang lain. Akhirnya tinggallah ibu dan seorang lagi ditempatkan di Unit Pentadbiran & Kewangan.

Tempatnya taklah berapa besar dan terdapat 2 orang PPT yang dipanggil EO. Mula-mula ibu terasa kekok juga nak panggil PPT tu EO, almaklumlah di tempat lama kami panggil semua pegawai dengan 'puan', 'cik' dan 'Encik'. Susah juga nak biasakan panggil EO tapi akan ibu cuba juga untuk panggilnya EO. Disamping itu terdapat seramai 13 PT(PO), 3 PAP dan seorang cc. Kebanyakkannya adalah orang baru dan KPSL seperti ibu. Kesemuanya perempuan kecuali 2 PAP dan 2 kerani lelaki.

Inilah pejabat baru ibu dekat aja dengan jalan besar tapi kalau dah masuk jalan ni susah nak keluar ..

Suasana kerja seperti biasalah kalau kewangan tu sibuk dengan waran, vocher, kelim dan entah apa-apa lagi dan pentadbiran pulak sibuk dengan latihan/kursus, perjawatan dan sebagainya. Sekarng ni mereka sibuk dengan persiapan hari keluarga dan kursus motivasi team building (unit pentadbiran & kewangan yang menguruskannya) hujung minggu ini di Melaka. Kebetulan hari ni ada pulak seorang staf di situ nak bertukar (naik pangkat), maka hari ni mereka adakan mesyuarat persediaan untuk pergi kursus bersekali dengan jamuan hari jadi dan perpisahan tapi tak pulak mengalu-alukan kehadiran kami. Tak apalah kalau tak nak sambut kehadiran kami .... nasib baik ibu dikecualikan untuk turut sama mereka pergi kursus kalau tidak susah juga sebab babah tiada minggu ni dan lagi hari sabtu nanti nak ambil report kad sekolah zeti. Tapi kawan ibu yang seorang lagi dipelawa untuk turut sama, kebetulan ada lagi tempat kosong.

Ibu dahpun mula menerima kerja, kerja yang pertama sekali ibu buat ialah memo edaran untuk mengembalikan pas degital setelah bersama atau bertukar. Kemudian ibu ditugaskan mengumpul rekod kursus/latihan yang telah dihadiri oleh semua Bahagian dan cawangan serta unit bagi Bahagian Perubatan. Perkara yang paling sukar bagi ibu ialah untuk menalipon orang, tapi akhirnya ibu kena juga buat kalau tidak EO mengamuk nanti. Kini ibu cuma menunggu apa yang perlu ibu uruskan seterusnya. Semuanya ini akan diuruskan pada minggu hadapan kerana 26 Jun ini ada mesyuarat ISO dan maklumbalas perlu dimaklumkan sebelum mesyuarat. Dahlah tu ibu pulak nak cuti pada 24/6/09 ni ... mudah-mudahan dapatlah ia disiapkan sebelum mesyuarat bermula. Yang satu hal lagi komputer ashik aja tak berfungsi, ini yang sangat ibu tidak gemar. Di sini kalau komputer rosak ke, tak ada letrik ke bermintu baru siap, tak seperti di mot, hari ni komputer tak berfungsi dah bising kami ke IT.

Monday, June 15, 2009

JAMUAN PERPISAHAN UNTUK IBU

ISNIN (15/6/09)


Hari ni sekolah mula dibuka, maka ibu & zeti bergegas untuk ke pejabat dan ke tadika sebab takut jalan jem dan tak dapat parking pulak nanti, almaklumlah di tempat baru ni .... ibu kena cepat sikit. Walau bagaimanapun alhamdulillah ... lega rasanya dapat tempat parking dan ada 20 minit untuk sampai ke Blok E1.


Inilah big bos ibu (En. Abdullah) dari bujang hingga masing-masing anak dah besar panjang, setia bersama

Sesampai aja di pejabat ibu tengok lengang aja ... nak masuk pun tadi pas tak boleh guna, kenalah tunggu di luar .... Oh ya ... tengahari ni ada jemputan khas dari pejabat lama ibu. Tak sabar rasanya nak ke sana. Sebelum tu ibu cuma duduk relax aja, tak ada kerja nak dibuat. Ibu ashik tengok jam, dah pukul 11.00 ke belum .... Sambil tu ibu pun tolong lah member sebelah susun barang di stor dan kemudian cepat-cepat minta izin nak keluar dari cc. Alhamdulillah cc benarkan.

Ini pulak second boss ibu selama 27 tahun bersamanya (Miss Lim)

Tepat pukul 11.30 pagi, ibu dapat panggilan dari cc di pejabat lama mengingatkan temujanji hari ni ... Oklah tepat pukul 11.45 pagi ibu pun segera keluar untuk ke blok D5, panas pulak cuaca di luar tapi ibu tak kisah asalkan dapat jumpa semua pegawai dan kakitangan di pejabat lama. Baru 2 minggu tak jumpa tapi terasa seperti 2 tahun pulak ... Akhirnya dalam kepenatan dan kepanasan sampai juga ibu di blok D tu ... Dari jauh lagi ibu dah terhidu bau makanan ... sedapnya ... Sebelum masuk ibu sempat singgah di tempat LPPDN dan dapatlah tengok gambar kawin ilah & epi.


c Ruslaini tempat ibu mencurah rasa sedih dan gembira

Kemudian ibu ke ruang tengah dan terpandanglah ibu akan makan yang dihidang dengan dihiasi alas meja yang begitu indah sekali ... dan akhirnya acara pun bermula dimana ibu telah diberikan hadiah dan diminta berucap. Ini yang tak gembar ni ... tapi ibu cuma dapat berkata-kata sepatah dua kata aja sebab dah tak boleh nak berkata-kata lagi ... takut air jernih akan mengalir nanti. Untuk tidak melengahkan masa lagi sebab perut mereka semua dah berbunyi maka kamipun mulalah makan sambil bergambar. Tengokalh gambar-gambar yang sempat kami abadikan untuk kali terakhir ...


Rozi & Iza teman sekerja yang sentiasa ada bersama membantu

Sedang mereka masih menjamu selera ibupun berjalan-jalan sekeliling untuk mengabdikan kenangan selama 27 tahun ibu berada di maritim. Terlalu pantas masa berlalu, tak sedar dah 27 tahun. Begitu leka dan seronoknya ibu berkhidmat di sini, tempat yang telah banyak memberi ilmu kepada ibu dari mula ibu guna mesin taip biasa hinggalah kini ... komputer dimana-mana. Ingat lagi semasa menggunakan mesin taip biasa, kalau tersalah taip jenuh untuk menaip balik, lebih-lebih lagi apabila guna liquid putih di sana sini dan bila hendak mengedarkan minit mesyuarat pulak, kenalah kami menaip minit mesyuarat dengan menggunakan kertas stensil (kertas ada karbon basah di belakangnya) dan apabila tersalah taip terpaksalah guna liquid berwarna merah, tunggu hingga kering barulah boleh ditaip atasnya tapi kalau mesin taip matanya dah tajam, nasib tak baik berlubang bila ditaip huruf 'o'. Stensel yang telah ditaip itu pulak di gelek menggunakan mesin penggelek (seperti mesen getah keping) yang diatasnya diletakkan dengan dakwat hitam dan diletakkan stensel tadi kemudian dipusingkan dimana terhasillah kertas-kertas yang telah dicetak (seperti apa yang telah ditaip tadi) tapi kalau tak bernasib baik hitam baju kita dibuatnya. Tapi kini semuanya mudah belaka, setelah ditaip ianya difotostakan aja ... senang kan? Itulah bezanya dulu dan sekarang ... Ibu rasa bahagia melalui zaman tersebut.

Teman yang sudi menghantar ibu balik ke pejabat (wah manjanya dia....)

Akhirnya tak disangka ibu akan berhijrah juga ke suatu tempat yang tak pasti lagi keadaannya. Itulah penghijrahan yang pertama dalam arena pekerjaan ibu. Jauh bezanya keadaan di sana dan di tempat baru ibu. Dulu ibu dikelilingi dengan pelbagai jawatan tapi kini dikelilingi dengan PT(PO). Ibu harap ibu akan dapat menyesesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Untuk teman-teman di office lama, ibu harap mereka akan terus berkhidmat dengan hati yang ikhlas untuk menyara hidup kerana ALLAH. Mudahan-mudahan dengan keikhlasan bekerja, ketenangan akan sentiasa menyebelahi kita bersama demi bangsa dan negara. Kerjalah dengan seikhlas yang boleh dan setiap hari cari lah sesuatu yang boleh menceriakan hari kita, lupakan apa yang berlaku semalam tapi bersedia untuk menghadapi hari ini ... Itulah yang selalu ibu amalkan sepanjang 27 tahun ibu di maritim.


Teman-teman sejati dan sejiwa, bahagia bila bersama

Untuk itu, ibu telah dihadiahkan replika kapal layar yang sungguh indah untuk diingati dan dihayati. Terima kasih warga maritim, jasa dan kesudian kali bersama ibu selama ini dan juga sepanjang tengahari ini akan ibu ingati hingga ke akhir hayat ibu. Ibu sayang maritim, ibu sayang semua warganya. Mudah-mudahan kalian akan sentiasa berjaya didalam pekerjaan dan kehidupan dan dapat mencapai apa yang diimpikan.


Telatah kalian pengubat rinduku, ibu sayang kamu semua

Kepada teman ibu Iza dan Pn. Sabariah, mudah-mudahan kalian akan selamat melahirkan anak-anak yang comel nanti. Untuk Cik Waheeda dan Cik Zurina, ibu doakan kalian akan cepat bertemu jodoh dan berbahagia selalu hendaknya. Bagi Cc Ruslaini, ibu sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan jayanya. Bagi Rozi, Nana, Pn. Fazilah, En. Faruq, En. Siva, Zali, Adura dan Pn. Lili ibu doakan agar kamu semua sentiasa berbahagian dengan keluarga masing-masing. Seperti juga Cik Waheeda dan Cik Zurina, ibu doakan agar En. Syukri, En. Saiful dan Jeffry cepat bertemu jodoh masing-masing. Bagi En. Shahrul dan YM ibu sentiasa doakan agar kamu dapat mejalankan tanggung jawab sebagai pekerja yang berjaya dan cemerlang. Lutfi dan Zalilah pulak ibu doakan agar kamu cepat menimbang zuriat dan akhir sekali untuk bos ibu (En. Abdullah & Miss Lim) pengalaman sepanjang 27 tahun bersama tetap dalam ingatan dan doa dari ibu agar En. Abdullah & Miss Lim dapat meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam arena pekerjaan dengan penuh tanggugjawab dan maju jaya. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Cik Waheeda yang sudi melunagkan masa untuk menghantar ibu ke pejabat. Kalau nak jalan kaki, berpeluh ketiak dibuatnya.


Tengok tu..... ada-ada aja aksinya, membuat ibu terhibur seketika

Mereka yang suka beraksi, tengok tu aksinya .... ada-ada aja

Wahhhhhhh .... kalau beraksi kasi pada mereka ni .... ni yang ibu tak nak gi ni .....

Inilah replika yang akan sentiasa mengingatkan ibu tentang maritim

Sebahagian cenderahati dari teman-teman tersayang

MARITIM TETAP DALAM KENANGAN, IBU SAYANG MARITIM,
IBU SAYANG SEMUA
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK MU MARITIM DAN WARGANYA

Saturday, May 30, 2009

TERKEDU DAN SELAMAT TINGGAL

SELASA - JUMAAT (26 - 30/5/09)

Pukul 2.00 petang seperti biasa seorang demi seorang masuk ke pejabat untuk menyambung kerja dan sebelum tu mereka sempat singgah ke tempat ibu untuk bersembang. Sedang kami tengah bergelak ketawa tetiba rakan ibu datang terus menghulurkan sampul surat yang telahpun dibaca tapi telah di gamkan semula. Ibu tak kisah semua tu sebab mereka dulu yang menerima surat tu ... Ibu dengan rasa berdebar-debar sambil mereka yang ada di tempat ibu berebut-rebut minta ibu membuka surat tersebut. Apabila dilihat, dah sah dah surat yang ibu jangkakan lama lagi ia datang tapi tak sangka ke datangannya begitu awal sekali. Surat itu meminta ibu melapor diri di Kementerian Kesihatan pada 1 Julai 2009. Maka dengan perasaan yang bercampur baur ibupun terkedu seketika.


Di sinilah tempat dimana pelbagai acara kami adakan terutama bila menjelang hari raya

Hanya tinggal tiga hari lagi ibu perlu membuat keputusan dan juga perlu mengemaskan barang-barang ibu yang masih bertaburan di sana sini. Almaklumlah dah 27 tahun berkhidmat di Bahagian tersebut dan tetiba aja nak keluar dari menjadi sebahagian ahlinya. Macam tak percaya pulak yang ibu akhirnya terkeluar juga dari senarai. Sangkaan ibu, ibu akan terus menetap di tempat tersebut hingga pencen tapi dah ditakdirkan ibu terpaksa akur dengan kada dan kadar.


Papan carta organisasi Bahagian kami
Sebelum tu ibu dah berusaha juga tanya ke sana dan ke mari, kalau ada sesiapa yang bersimpati dan ingin menolong ibu untuk terus menetap di tempat tersebut begitu juga dengan teman sepejabat ibu, mereka juga ada sama berusaha untuk tidak melepaskan ibu pergi terutamanya Ketua Kerani ibu. Tapi usaha kami tak berhasil, untuk itu jutaan terima kasih ibu ucapkan kepada mereka yang memberi pelbagai nasihat dan pandangan.

Inilah himpunan cenderahati dan hadiah yang telah ibu dan teman-teman usahakan sepanjang penempatan ibu di disini.

Sedang ibu sibuk dengan persoalan-persoalan tersebut tetiba pagi keesokan harinya dapat berita dari along yang dia dimasukkan ke Hospital kerana terjatuh dan tangannya patah, satu lagi dugaan yang datang secara tetiba aja. Nasib baiklah tempat along dekat dengan pakngahnya, dengan hati yang bercampur baur ibupun menalipon pakangah along. Kebetulan dia baru sahaja selesai bekerja dan tengaharinya pakngah dan makngah along melihat along di hospital. Kebetulan semasa mereka sampai pensyarah dan teman sekuliah along ada di sana untuk menguruskan hal pembayaran wad along. Kasihan along tak dapat menghadiri peperiksaan pada hari tu ...


JUMAAT (29/5/09)
Hari terakhir ibu di MOT

Hari ni telah mencatatkan sejarah kehidupan ibu di alam pekerjaan. Sebenarnya dah 2 kali ibu menerima tawaran seperti ini tapi semuanya ibu abaikan tapi entah kenapa kali ini tergerak pulak hati ibu untuk menerimanya. Agakahnya inilah yang dikatakan dah suratan takdir..... walaupun dalam hati bebelah bagi tapi ...... Sayang nak tinggalkan mereka yang telah banyak berjasa kepada ibu. Ibu sayang mereka semua .... tapi apakan daya tiada siapa yang menyayangi ibu ... kasihankan ibu ... tak apalah biar ibu membawa diri ... Mungkin ada baiknya penghijran ibu ni ... Walaupun dimana ibu ditempatkan nanti, kenangan indah di sana tetap bersemadi dihati ibu. Dari mula ibu menjejaki kaki (remaja) ke alam pekerjaan hinggalah kini anak-anak ibu dah besar panjang. Tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali ... emmm ... kasihan ibu (saja nak pujuk hati yang sepi dan sedih ni ...) di situlah ibu setia berbakti mencari rezeki hingga ke hari ini. Dahlah ... tak perlu ibu cerita panjang lebar .... nanti ibu nangis lagi ....

Nak punch dah .... nampak ceria tapi di hati derita tau ...

Alhamdulillah, pada waktu-waktu terakhir masih ada insan-insan yang setia menunggu hingga ibu punch kad. Terima kasih Encik Faruq, Encik Danial dan Cik Waheeda (terima kasih menandatangani surat pengesahan persekolahan anak ibu) kerana bersusah payah membawa barang-barang ibu hingga ke kereta. Iringan kamu ibu hargai dan ibu sentiasa mendoakan kebahagian kamu semua dalam menguruskan kerja harian. Walaupun ibu tiada disana, keceriaan tetap akan berterusan. Terima kasih juga kepada Pn. Sabariah kerana sempat memberi penerangan pengiraan markah pelajaran anak ibu dan terima kasih juga kepada CC Ruslaini kerana bersusah payah menguruskan hal ibu walaupun dia begitu sibuk dengan kerja-kerja hariannya. Bagi teman-teman ibu yang lain (Norzurina, Iza dan Rozi serta semua warga maritim) terima kasih diatas cenderahati yang kalian berikan. Akan ibu simpan ia sebaik mungkin sebagai tanda kenangan. Untuk EP dan ELA Selamat Pengantin Baru, ribuan ampuna dan maaf kerana tak dapat bersama meraikan hari bersejarah kalian. Semuga kamu berdua berbahagia selalu hingga ke akhir hayat dan semuga cepat menimang cahaya mata.


Dah lah tu ... dah punch dah ......

TERIMA KASIH MARITIM DAN MOT kerana telah memberi peluang untuk ibu menimba ilmu dalam segala bidang pekerjaan. Doa ibu agar MARITIM & MOT sentiasa gah di mana saja ....